Apr 22, 2009

: : ermmm

untuk beberapa hari ni life aku terasa kosong..aku risau bila terfikirkan keadaan dia.walau aku tahu dia mampu jaga diri sendiri.tapi jujur aku cakap wujud ruang kosong dalam hidup aku bila aku tak berbual dengan dia.apa pun aku harap dia cepat sembuh sebab aku tak sabar nak bertukar pendapat tentang anything.aku betul rindu kat dia...ops!!!(habislah lau dia terbaca kembang semangkuklah my luvly brother tu...) semoga cepat sembuh...

countesskilleroses
22 april 2009

Apr 8, 2009

: : BULI...

Buli..satu masalah disiplin yang sering melanda institusi pendidikan di negara ini. Masyarakat sudah lama disogokkan dengan masalah ini. Namun dimana penghujung penyelesaiannya?Pengurusan sekolah seharusnya tidak perlu untuk berasa malu sekiranya sekolah mereka terlibat dgn masalah ini.Bukan bermakna pihak sekolah tidak mampu menanganinya atau lemah tapi untuk menyelesaikan masalah ini adalah bekerjasama dengan pihak ibu bapa, polis serta badan-badan lain yang difikirkan perlu. Perlu diingat beban para guru sudah sedia banyak kenapa harus dibebankan segala masalah dalam membentuk generasi muda kepada mereka? Dimana letaknya peranan ibubapa?masyarakat? serta apa peranan rakan sebaya ? dimana pula peranan persatuan yang telah wujud samada diperingkat kementerian atau badan – badan bebas?.Sebagai institusi yang dipercayai untuk membentuk generasi muda, pihak sekolah bersama badan – badan lain seharusnya mengkaji permasalahan utama serta masalah lain yang menyebabkab kegiatan buli ini wujud.Tanggungjawab mengenal pasti punca masalah buli tidak seharusnya ditunding pada pihak sekolah sahaja. Harus diingat ibu bapa tidak boleh mengharap kepada para guru dalam membentuk peribadi anak- anak mereka. Dalam berurusan dengan remaja yang sering dikatakan mengalami kecelaruan jiwa semua pihak seharusnya mencari penyelesaian yang member situasi menang-menang (win- win situation) kepada semua pihak. Namun dalam usaha ini ibu bapa seharusnya sedar,selain memberi kesenangan kepada anak – anak mereka keperluan emosi dan rohani mereka tidak seharusnya di abaikan..sebagai anak yang sedang membesar emosi mereka sungguh sensitif dan mereka patut diajar mengenai akibat dari segala perbuatan mereka bukan dengan menyorok segala kesalahan mereka. Ibubapa, sekolah boleh memberi nasihat atau apa sahaja bentuk hukuman kepada mereka yang membuli. Adakah kita ingin anak-anak yang sering melakukan aktiviti membuli ini berterusan ? atau sehingga ada berita kematian baru semua pihak ‘sibuk’ mengeluarkan akibat atau penemauan buli ini kepada umum? Pada masa itu jawapan aku adalah satu , SUDAH TERLAMBAT! Kepada ibubapa diluar sana, fikirlah tentang ini… masa anda kecil dulu ibubapa anda garang bukan?sebab apa?kerana mereka tak mau anda lemah,anda mudah hanyut dalam menempuh hidup sebab mereka tahu zaman anda tak akan sama dengan zaman mereka. Sekarang lihat hasil ketegasan ibubapa anda.anda sudah mampu melawan arus kehidupan,mampu hidup senang ,mampu menggapai bintang, cuba anda bayangkan apa akakn jadi sekiranya anda terlalu dimanja dimanakah anda?mungkin anda tidak mampu berada seperti sekarang dan yang paling teruk anda akan akan MENYALAHKAN IBUBAPA ANDA!I dengan alasan yang terlalu klise MEREKA TIDAK MENEGUR AKU BILA AKU BUAT SILAP!!hakikat yang sebenar anda yang tidak mahu mendengar..dan bayangkan ini yang akan menimpa anda sekiranya zuriat anda terlalu dimanjakan atau tidak diberi tahu akibat segala perbuatan mereka apakah yang mampu anda lakukan?menyesal dan menangis?...fikir – fikirkan lah…kerana segala permasalahan yang wujud bermula dari rumah..sekolah dan masyarakat hanya menerima dan mencantikkan hasil yang telah anda beri kepada mereka… penyelesaian buli ada pada kita semua. Ingin menyelesaikannya atau pin tidak pun pada tangan anda…

Killeroses
7 april 2009