Oct 31, 2009

: : warded

Rabu (28/10/09) tepat pukul 8 pagi aku pengsan dalam bilik air.aku tak sedar dalam 15 hingga 30 minit. bila aku buka mata jer aku dah terlentang dalam bilik air, sempat lagi tu ingat nak g kejer...=). Dalam beberapa langkah jer aku pengsan balik...sudahnya teman serumah aku antar pergi ke poliklinik kelana jaya (PKJ).thanks ina, k.ros and rudi sebab angkat aku yg berat ni....=p. sampai kat PKJ aku kener tunggu tak ingat baper lama..then ktorg decide nak g kat klinik jer...br sampai kat keter kak ros masuk balik ke PKJ, rupenya dia g kat bahagian kecemasan.tak lama pas tu aku masuk balik ke bahagian kecemasan.bila nurse tu amek bacaan tekanan darah, tekanan darah aku rendah..dalam pukul 10 lebih, selepas nurse amek tekanan darah aku yang ketiga dan result tekanan darah aku masih lagi rendah, aku dihantar ke HTAR.TAmbahan pula aku memang dah wat followup ngan HTAR.Dalam pukul 11 lebih hampir pukul 12 tgh aku sampai di HTAR.merasalah naik ambulans...hehehe... Kat sana aku di masukkan ke dalam bahagian kecemasan zon semi kritikal(zon kuning). kat HTAR result tekanan darah aku masih lagi sama. tekanan darah rendah.. lebih kurang dalam pukul 3 ptg aku dimasukkan ke dalam wad.doktor tahan aku tuk 2 hari.rabu dan juga khamis. hakikat sebenarnya aku kener serangan epilepsi pagi tu..tambahan pula sepanjang dua hari aku ditahan bacaan tekanan darah aku tidak begitu memuaskan.sentiasa rendah.tapi kira selamat juga DR. bagi balik...tqvm DR..
kepadananie dan rakan2 yang memberi mesej bertanyakan keadaan kesihatan aku, terima kasih banyak aku ucapkan, kepada teman serumah dan adik2 ex serumah yang datang jutaan terima kasih tuk korang, kak ros, ina,rudi, angah (adik aku), intan,anjang dan anis terima kasih banyak2..
untuk DR. yang merawat aku,nurse2 jutaan terima kasih jua aku ucapkan.pepon korang memang best..pengalaman menarik wat aku..masuk wad..hehehehe


countess killeroses
30 oct 2009
11:05PM