Oct 31, 2010

: : luahan aku

mulanya aku tak mahu bagitau mak.aku ingat nak diamkan ajer...tapi bila aku fikirkan mak patut tau keadaan aku..jujurnya aku dah semakin penat...betul aku dah teramat penat sekarang..kali ni dah 3 kali dalam sebulan aku jatuh dan pengsan akibat penyakit aku.lagi plak tekanan darah aku rendah.aku jatuh baru2 ni menakutkan aku..aku boleh terlupa nama office mate aku,even housemate aku,badan aku rasa sakit sangat...aku dah janji dengan dengan org kesayangan aku, yang aku tak kan wat org yang sayang kat aku risau pasal aku..dan aku tak kan langgar janji tu.aku tak nak orang kesayangan aku semuanya risau...sebab risau tak kan boleh bantu aku,tak kan mampu tuk wat apa2 pon... tapi sekarang.. aku dah penat...penat sangat2..dari hari aku pengsan sampai hari ni aku mengaku aku terlalu penat...aku nak rehat jap..aku nak lena tidurku macam semalam, aku dapat tidur lena sangat...

killeroses
31/10/10

Oct 10, 2010

hilang..

kosong...kabur dan sedih merantai hati kala ini.sedih kerana aku 'hilang' dia dari pandangan hidup aku..tak tau bagaimana aku nak luahkan segala rasa sedih, kosong aku bila aku tau aku akan hilang dia secara perlahan- lahan...mungkin dia gembira dengan kehidupan yang dia lalui sekarang.aku mampu doakan yang terbaik untuk dia..tanpa dia hati aku walang..aku kehilangan seorg yang memahami aku.dia adalah anugerah yang terindah untuk aku...aku sendiri tak tahu kenapa ada waktu bila ingatan aku kuat terhadap dia, rasa sebak dan airmata aku deras mengalir..puas aku cuba hentikan namun aku gagal..terlalu ikut perasaan kah aku atau itu adalah sebenarnya perasaan aku yg selama ini aku cuba nafikan?aku tak pasti...ap yang aku tahu...aku rindukan dia....