Misunderstanding atau salah faham pada aku berpunca apbila berlakunya kegagalan atau kekurangan dalam hubungan dua hala. Ia akan bertambah buruk sekiranya wujud pihak yang hanya mendengar dan menerima sahaja segala apa berita yang didengar tanpa memberi peluang atau mendengar keadaan sebenardari pihak yang satu lagi.Akibatnya tanpa disedari sebenarnya kta tanpa sedar telah 'menjatuhkan hukuman' tanpa sebarang pembelaan. Ini secara tidak langsung, mampu mewujudkan perasaan bengang, marah,tidak puas hati atau mungkin dendam yang akan membawa seribu kerosakan pada semua pihak yang terlibat. Benda ni berlaku dalam kehidupan kita tanpa kita sedar atau tidak.Tambah menjadi sukar apabila pihak ketiga turut dibawa 'menari' bersama dalam permasalhan ini. Pihak ketiga semestinya agak sukar tuk menilai dan memberi kata putus apabila dua pihak memberi sebab atas segala perlakuan mereka. Malah tak dapat dinafikan akan wujud conflict of interest dalam usaha untuk menunjukkan siapa yang sebenarnya salah atau tidak.Begitu juga dalam perhubungan sebenarnya. Tak kira samada persahabatan,rakan sekerja dan lain-lain. Tidak dinafikan kadang kala kita tersilap membuat penafsiran kerana kita melihat melihat dari persepsi kita dan mereka melihat dari persepsi mereka.Melalui pengalaman aku sendiri,masalah ini sering berlaku apabila kita takut untuk menghadapi sesuatu kenyataan yang kita tak mampu hadapi. Mana lagi berat sebenarnya pendam dan biarkan salah faham terus melingkungi kita atau berdepan dengannya?. Dulu aku pilih untuk pendam dan kerana kekhilafan ini aku hampir hilang sahabat aku. Bila aku memilih tuk menghadapi segala kemungkinan, jujur aku rasa aku lebih tenang.Sememangnya sukar tuk membuat keputusan ni. Sedangkan aku sendiri mengambil masa yang terlalu lama tuk berdepan dengannya. Satu kerugian yang teramat sangat pada aku sebenarnya.Tapi aku belajar sesuatu, jangan terlalu yakin dengan sesuatu yang kita dengar, kita nilai dan berfikir menggunakan akal. Tak semestinya apa yang kita dengar tu betul.Kadang2 ia telah 'dicantikkan' mengikut tukang sampai.Walaupun mender ni berlaku pada zaman aku 'budak2' tapi sebenarnya aku belajar dari kesilapan aku sendiri. Salah faham seolah-olah nampak macam benda kecil tapi sebenarnya ia mampu membuat kita terseksa dalam diam.. Seperti kita bermain 'telefon berkarat', dari cerita kisah sakit perut sebab salah makan akhirnya menjadi sakit perut dan cirit birit kerana sepotong kek....
No comments:
Post a Comment