Emak,
Terima kasih sebab sentiasa ada disisi aku
Tatkala aku memerlukan sebuah sokongan
Tatkala aku hilang arah kau menjadi pemimbingku
Tatkala aku tenggelam dalam kedukaan
Kau setia menyapu air mataku
Emak,
Walau bintang dilangit kuanyam
Dibentang sebagai permaidani
Masih tidak terbalas tuk ku
Membayar segala pengorbananmu untukku
Emak,
Nyawa kau jadikan taruhan
Demi melahirkan aku
Segala kesakitan kau lupakan
Tatkala mendengar tangisan aku
Emak,
Walau hati mu dicarik
Walau airmatamu mengalir
Tatkala mendidikku
Kau tetap sabar...
Emak,
Aku tak mampu untuk mengapai bintang dilangit
Aku tak mampu membina mahligai intan permata untukmu
Aku tak mampu menganyam buih dilautan
Untuk dihadiahkan tukmu
Namun yang pasti
Selagi nadiku berdenyut
Selagi aku masih lagi bernafas
Aku akan sedaya upaya membahagiakanmu
Kerana melihat senyuman terukir
Terukir indah dikanvas wajahmu
Adalah ketenangan yang abadi untukku
Kerna aku tiada cinta lain
Selain keagungan cintamu
Sesegar kuntuman mawar merah
Seharum wangian melur
Wahai ibuku yang tercinta....
SELAMAT HARI IBU...
killeroses
14mei2010
1258am
No comments:
Post a Comment