May 29, 2011

: : luahan

yang tiada jangan dicari
kelak merana tiada penghujung
hargai kasih dimasa ada
agar tidak menyesal seumur hidup...

'cinta itu bukan kita akan berasa takut bila bersama dia, tapi kita rasa tenang dan tenteram bila dia sentiasa ada disisi walau hanya dengan melihat senyuman ikhlasnya terukir di bibir- countessonekillerosesvii'
c1krvii
5:59am
29/05/2011

May 22, 2011

: : cinta

untuk apa cinta andai hanya tuk menyakiti sekeping hati?
perlukah cinta sekiranya hanya tuk mencipta tugu keegoan diri?
indahkah cinta sekiranya niat tuk menyakiti sekeping hati yang rapuh?
nikmatkah cinta sekiranya inginkan seseorang sebagai mangsa ketidakpuasan jiwa?
cinta tidak kejam tapi kenapa manusia berlaku kejam hanya kerana cinta?

bukankah cinta itu lahir dari hati yang menyayangi, mengasihi insan tanpa ada rasa kejam dan nafsu kebinatangan?
adakah aku masih lagi tak faham tentang cinta?
atau aku belum memahami sebenarnya maksudnya cinta?


p/s: cinta itu anugerah bukan bersandarkan nafsu semata....

c1krvii
7:58am
23/05-11


May 15, 2011

: : Selamat Hari Guru....

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


: : sajak ini merupakan sajak yang paling aku suka masa zaman persekolahan dulu.Selamat Hari Guru buat para guru dan buat cikgu rahiman yang aku panggil 'ayah', terima kasih kerana sabar mengajar aku yang nakal ni.dan buat semua semua guru yang mengajar aku, terima kasih atas jasa dan kesabaran kalian mendidik aku..

c1krvii

15/5/2011

5:31am

May 14, 2011

: : rindu

aku rindu pada dia....
sangat- sangat.....
walau aku tahu ianya umpama menggapai bintang
nampak dekat tapi jauh.....

13/5- selamat hari lahir 'sayang'......

ALLAH kuatkan hati aku...aku akui kadangkala aku lemah dalam permainan hati,larut dalam lautan emosi....

: : hati...pintaku jangan kau lemas dan lemah dalam asakan dan lautan emosi tanpa penghujung ini.....

c1krvii
13/05/2011

May 10, 2011

: : berehat d' ampang...

seminggu lepas, aku melawat bff aku nanie...erm...dalam tak sedar kandungan dia dah masuk 7 bulan.ALHAMDULILLAH...aku lepak rumah dia dari hari rabu sampai hari jumaat (sebenarnya nak balik hari khamis tapi tukar plan balik pagi jumaat..hehehe)..sebabnya?tak puas nak spend time dengan dia...hahaha..
hari khamis, kebetulan dia ada check up kat AU2 dalam kul 2petang...tapi kitaorg keluar rumah awal dalam kul 1130 pagi...hehehe...merayau kat carrefour and tesco cari barang sikit, pastu dah settle segala, terus pergi ke AU2.awal gak lah kitaorg sampai kat KK tu dalam kul 115pm...waaaaaa...giler awal...hehehe..nanie checkup start kul 2pm , so dalam itu ini checkup settle dalam kkul 330pm..fuh....lama ghupanya wat checkup ni...memerlukan kesabaran sungguh...(macamlah aku tak pernah pergi wat checkup...hehehe..)disebabkan dia tak ditemani oleh EN SUAMInya maka BP cik puan nanie kesayangan aku ni...telah naik...(tu teori aku je lah... =p..tapi disokong sikit oleh cp nanie..hahaha)..
tapi aku rasa gembira sebab cp nanie aku ni sihat...sekurang-kurangnya sebelum dia merantau di johor aku dapat tengok dia..sebab pas ni dia kene berpindah ke negeri J, ikut suaminya...
sedih plak...tapi takper, internet + tipon kan ada...hehehe...leh je nak borak@ +sembang2 kan cp nanie?heee..

p/s: i'll miss u badly after this nanie...=(

c1krvii
3:12am
10/05/2011

May 8, 2011

: : selamat hari ibu..

8 may....
selamat hari ibu..
buat semua ibu di malaysia dan di dunia..
ibu..
satu anugerah yang tak ternilai..
tak mampu di ganti waima dengan segunung berlian sekalipun..
seorang wanita yang sanggup bergadai nyawa
sanggup bersusah payah demi membesarkan kita...
pada ibu..
walau usia anaknya telah dewasa
anaknya tetap lagi anak kecil yang tidak mengerti apa-apa
dan masih lagi memerlukan bimbingan dan nasihat darinya..
aku bersyukur kerna bondaku sentiasa disisiku..
bila ujian menimpa keatasku
dan aku lemah tuk meneruskan hidup
bonda tak pernah meninggalkana ku..
bonda tetap setia disisiku..
terima kasih bonda atas pengorbanan mu...
selamat hari ibu...emak...

p/s: sayangi ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita...dan sekiranya ALLAH uji anda dengan memberikan seorang ibu yang membuat anda berendam airmata...berdoa dan mengadulah dengan ALLAH....insyaALLAH DIA akan menolong anda...


c1krvii
8:16am
8/5/2011