insan yang disangka hanya sekadar mendapat kasih dan sayang tanpa cinta rupanya insan itulah yang bertuah kerana tanpa sedar dia kuberikan segalanya.kasih,cinta dan sayang.kusangkakan dia mampu kusingkirkan dari teratak hati hakikatnya dia ku dambakan setiap detik.tidak mampu melupuskan dia dari diri.dia tanpa sedar menjadi satu denganku.kehilangannya amat pedih dan dada terasa amat sakit.pilu.siksa.itulah dia.aku menyayangi,merindui,mengasihi dan mencintai dia.seumur hidupku.walau tiada dia tetap di ingatanku.
yang disangka mendapat segalanya, kasih sayang dan cinta hakikatnya hanya sekadar mencicip sayang yang rapuh.hilang rasanya dibawa angin lalu.tidak berbekas di kanvas hati..tiada terpalit rasa sedih atau pedih tatkala kehilangan.itulah kamu.insan yang ku benam jauh dari hidup.tidak mahu tahu tentang kamu walau sekelumit zarah pun.bukan membenci.tidak.
kamu dan dia berbeza.cukup berbeza.
jangan ditanya aku mengapa.jangan diluah ayat 'lupakan aku.kupohon buka pintu hatimu untuk jejaka lain.' jangan diucap apa-apa.hati ini hanya aku yang tahu pedihnya.pedih kesan egoku.jangan sesekali rasa bersalah padaku.bukan salahmu.itu hakikat.dan 'dia' umpama unggas yang tetap tenang membelah langit tinggi.aku?harus belajar menerima akibat khilaf sendiri.ku hanya ingin 'dia' tahu hanya satu, hingga detik ini 'dia' tetap 'raja hatiku'.dan aku jua ingin 'dia' tahu, aku hanya ingin lihat dia bahagia.jangan risau.aku akan berusaha membina kekuatan ku hasil dari khilaf ini.
p/s: walau tersungkur aku tetap cuba bangun,berjalan dan berlari kembali!itu aku.noktah.
c1krvii
111211
2:56pm
No comments:
Post a Comment