Nov 11, 2011

: : maaf

walau hati telah di carik...
namun ucapan maaf mampu merawat luka di hati...
walau pedih
namun itu hakikatnya.....


c1krvii
111111
8.18pm

: : pertelingkahan

kenapa mesti wujud pertelingkahan?
mengapa mesti wujud perasaan ingin menduga?
mengapa mesti cuba ingin melakukan sesuatu yang terangan kau tahu akan meyakitkan hati pihak lain?
hari ini wujud pertelingkahan antara aku dan seseorang..
aku penat bertelingkah, meninggi suara dengannya..
penat mengumpul dosa dan penat menangis...
penat segalanya...
kata-katanya lebih tajam dari belati...
sakitnya hati ini terlalu sukar tuk aku gambarkan...
dan akhirnya...
air mata menjadi peneman......
sedih sebenarnya....

c1krvii
111111
7.24pm


:: seribu makna

11.11.11
sekadar tarikh..
namun seribu makna terkandung di dalamnya..
seribu cerita tercatat di dalamnya..
walau hanya ia sekadar satu tarikh cuma
dan satu hari yang harus kita lalui...


coretan: aku suka tarikh ni..malah pernah mengimpikan ingin menamatkan zaman daraku pada tarikh ini....
namun..... aku masih lagi menunggu puteraku membawa aku pergi.... =)

c1krvii
111111
12.57am

: : terlupakah?

seharian menunggu..
namun tidak kunjung tiba...
terlupakah dia ?


c1krvii
111111
12.52 am

Nov 10, 2011

: : hari lahir.....

hari ini hari lahirku...
namun mengapa hati ini terasa kosong?......


c1krvii
101111
1:37am

: : tersentuh

lama tak membaca dan menulis blog.kali ni terdetik hati tuk merayau membaca blog yang paling aku gemar. imran arjuna.bahasanya biasa namun indah.tapi selepas aku membaca entry bertajuk 'tiada ukuran' kolam mata ku bergenang.sedih?sayu?mungkin...


c1krvii
101111
1:34am

Oct 13, 2011

: : gomenasai.....

entah mengapa...
setelah mendengar suara dia kali ini
aku terasa sedih....
sedih kerana aku merasakan aku telah menghiris hatinya
dan kali ini kesannya begitu mendalam...
andaian aku atau benar begitu?
maaf hanya itu mampu aku luahkan..
maaf andai dikau merasakan
aku tidak menghargai pemberianmu....
ku ingin kau tahu
hakikatnya bukan begitu

p/s : maaf kerana aku bukan yang terbaik mungkin menjadi penambah beban yang ada...


c1krvii
12:15 am
13/10/2011