Dah lama aku tak menulis. subjek kali ni mudah, kebebasan dan cinta.. Cinta itu indah sebenarnya. Buat pertama kali kita membuka pintu hati dan membenarkan orang asing mengenali kita dengan lebih dalam dan dekat. Bermula dengan sayang dan pengakhirannya kita akan bertemu dengan cinta dalam pencarian bersama mencari kebahagiaan…
Namun dalam pencarian itu kita sering terlupa untuk menetapkan tahap yang kita mampu untuk memberi dan menerima. Bercinta memang indah dan menyeronokkan.kita meluangkan masa bersama orang yang kita cinta, mencipta kenangan manis bersama dan mencari titik keserasian antara satu sama lain.
Bila bercinta kita sering terlupa tentang sesuatu. Sesuatu yang kita gelar KEBEBASAN. Adakah bila bercinta kita akan kehilangan masa untuk bersama rakan2?bersama keluarga?mahupun untuk kehidupan kita sendiri? Kita ada 24 jam, 7 hari seminggu, 52 minggu dan 12 bulan dalam setahun adakah semua masa ini , masa yang kita ada hanya untuk dia?individu asing yang kita panggil baby,b, honey, darling, n what so ever…. Bila nak keluar bersama rakan2 lain tak kisahlah yang sama gender atau tak terpaksa nak gtau (atau mb ader yg cakap dia patut tau mana aku pergi), nak kewa ngan member pun tak blh?apa ni?cemburu boleh tapi jangan over. Kadang2 kita berada dalam dilema , lau tak gtau perang dunia ke 10 meletus…=)
Pada aku bercinta tak bererti kita memasuki kehidupan dia secara total.maksud aku ‘kawalan security 24jam disediakan’ bila bercinta. Bercinta adalah salah satu cara untuk kita menambah kenalan .‘kawan kau adalah kawan aku’ dan begitulah sebaliknya.tak kira lelaki atau perempuan masing2 rimas bila dikawal..mana ada individu suka dikawal..mereka tetap inginkan ruang untuk hidup mereka sendiri.. ini kerana kita adalah individu yang berbeza dari segala segi,minat, gaya hidup, latar belakang keluarga, pendidikan, dan pelbagai lagi yang telah dicipta olehNya. Malah masing2 ada sejarah silam sendiri. our life is great so enjoy it…kalau dia mencintai kita dia berusaha menerima kita seadanya dan kalau ada perubahan yang dibuat pun adalah demi kebaikan bersama.contohnya lau dia seorang heavy smoker dan dia berusaha untuk berhenti , kenapa tidak kita memberi sokongan?
Bercinta bukan bererti mengawal tapi lebih kepada mengasihi seseorang yang kita rasakan dia adalah sesuai buat kita. Manusia tak pernah sempurna tapi ALLAH menjadikan manusia berpasang-pasangan adalah untuk saling melengkapi dan menjadi sempurna….walau hebat macam mana pun kita, kita tetap memerlukan seseorang untuk bersama kita dalam menempuh hidup ni… bila kita cuba mengawal pasangan kita, berapa lama dia mampu bertahan?sethn, sepuluh tahun?
Bercinta bererti kepercayaan jitu terhadap dia, yakin untuk menempuh dugaan bersama,amanah dengan rahsia yang ada serta menerima kekurangan diri yang ada pada diri pasangan, perhubungan yang jujur, sabar dengan karenah dia, jangan mudah percaya pada sesuatu berita tentang dia kecuali ada bukti yang kukuh. Kadang2 penyampai ni suka menokok tambah…biar kita bertindak dan bercakap berdasarkan pada bukti.if nak menipu atau ditipu, pesan aku satu je benda buruk ni lau disorok lama2 orang akan tau juga..what past is past,jgn kita ungkit kisah silam dia, bila kita ungkit sebenarnya kita membawa tekanan pada dia dan juga diri kita.tak percaya?kalau tak takkan orang dulu2 cipta pepatah ‘barang yang lepas jgn dikenang,kalau dikenang meranalah badan’…lainlah kalau dia sendiri willing to story…
Dalam percintaan kita tak boleh ‘kurung’ si dia tu cam burung dalam sangkar. Sebab kita mempunyai hubungan dengan satu makhluk yang paling unik. Setiap individu mempunyai pemikiran, penerimaan dan definisi tentang sesuatu perkara yang berbeza. Cthnya, mb pas ader yang baca artikel aku ni(lau blh dipanggil artikel) ader yang mengutuk, mungkin ader yang berfikir sejenak,mungkin ader yg wat tak kisah hanya setakat baca dan macam2 lagi..
Sayang, cinta tak semestinya tiket untuk kita menyekat kebebasan sesorang untuk bersosial atau hidup dengan gembira…jangan ambil kegembiraan orang lain untuk menjadikan kita gembira.jangan guna alasan ‘aku gembira sekiranya kau gembira’ sejujurnya gembira kah bila hati menderita? Sekiranya dia nak mempunyai abang, kakak, adik angkat, kawan, sahabat dari berlainan gender biarkanlah SELAGI dia tau ORANG KESAYANGAN DIA adalah ANDA. Kenapa rasa tergugat sekiranya anda adalah orang yang paling dia cinta dan sayang. Yang penting dia tau menjaga maruah, harga diri, agama dia dan orang kesayangan dia, inyaALLAH hubungan korang akan selamat dan jadi semakin manis…
TAPI jangan SALAH GUNA KEBEBASAN yang DIBERI sehingga MUSNAHNYA KEPERCAYAAN dalam HUBUNGAN. Kita boleh bebas seperti burung yang berterbangan di udara. Namun kita kena ingat burung2 itu mempunyai hala tuju tapi bukan seperti layang2 yang tiada arah tuju…pada aku, bercinta tak semestinya kita menghabiskan sepenuh masa yang kita ada hanya untuk dia kerana kita juga mempunyai perjalanan hidup kita sendiri. kita sendiri yang mengawal dan memilih untuk menggunakan kebebasan tersebut. Yang penting kejujuran, keikhlasan, dalam perhubungan.orang lagi hormat kalau korang tak sembunyi status korang.maksud aku lau dah berpunya gtau jer…secara tak langsung korang akan jadikan ia sebagai satu guideline untuk diri sendiri dan itu salah satu cara menunjukkan korang hormat pada diri korang juga dan menghargai insan kesayangan korang… hidup akan menjadi lebih indah sekiranya kita tahu menghargai kasih sayang yang diberi dan lagi indah sekiranya kepercayaan yang jitu kita suburkan dalam sesuatu perhubungan.
COUNTESSKILLEROSES
10 apr 2008
No comments:
Post a Comment