Sufiah Yusuf, satu ketika dulu pernah mengemparkan masyarakat Malaysia dengan kepintarannya dalam bidang matematik. Sufiah menjadikan ibu bapanya bangga dengan dirinya kerana Berjaya menempatkan diri di Universiti Oxford dikala usia 13 tahun.Satu usia dimana remaja lain baru mengenal dunia remaja tapi gadis manis ini sudah mampu meletakkan dirinya di salah sebuah universiti yang terulung di dunia dengan kepintarannya dalam bidang matematik. kepintarannya dalam bidang ini mengagumkan semua pihak pada waktu itu. Namun itu kisah sepuluh tahun lalu dimana kita menyaksikan senyuman gadis cilik ini girang bergambar sambil memegang topi graduan di luar Kolej St Hilda.
Kini Sufiah mengemparkan kita sekali lagi, bukan dengan kejayaannya namun dengan kehidupannya yang malang. tiada siapa menduga kehidupan Sufiah akan berakhir seperti sekarang. Pendapatannya adalah melalui menjual tubuhnya melalui internet dengan kadar bayaran 130 paun bersamaan dengan RM 845.
Mahligai perkahwinan yang dibina bersama Jonathan Marshall tatkala usianya 19tahun, akhirnya musnah setahun kemudian. Tiada siapa menduga perjalanan hidup Sufiah berakhir seperti ini. terdampar di lembah yang kotor ini.
Seorang gadis yang pintar akhirnya kecundang dalam mencari arah hidup yang sepatutnya di jalani. Sufiah bertindak begini, mungkin menunjukkan tanda protes dan ingin melepaskan tekanan penderitaan yang dilalui olehnya akibat rejim pendidikan ketat yang dilalui olehnya ketika kecil. Zaman keriangan kanak-kanaknya ‘dirampas’ oleh bapanya. Sufiah dipaksa belajar dan bermain tenis ketika usia yang sepatutnya dia diberi peluang mengenal dunia. Usia kanak2 merupakan satu tempoh bagi sikecil membina otak dan mindanya dalam proses pembentukkan keyakinan diri dan juga emosi selain daripada proses membentuk otak untuk menerima sesuatu benda baru.
Namun jika dilihat dari sudut yang berbeza, kita tak boleh menyalahkan sufiah secara total. tindakan sufiah mungkin berpunca dari tekanan yang dialami olehnya sejak dari kecik lagi. aku tak kata tindakan sufiah ni betul.. pada aku yang hak tetap hak, yang batil tetap batil.
Tindak tanduk sufiah sekarang mungkin kerana ingin membalas dendam terhadap bapanya yang ‘merampas’ satu bahagian kehidupan yang menyeronokkan darinya. Iaitu zaman kanak2. bayangkan tatkala usia berusia 13 tahun dia sudah diterima menjadi salah seorang penuntut di uni. Oxford. Sedangkan remaja yang berusia awal 20 an pun tetap ingin beseronok inikan pula anak kecil yang baru memasuki usia 13 tahun.
Manusia tetap manusia. Mempunyai hati dan perasaan. Pernahkan kita berfikir, kenapa ALLAH menjadikan perjalanan hidup kita secara berperingkat. bermula dari bayi,diikuti peringkat kanak2, remaja kemudian dewasa dan akhir sekali tatkala usia kita menginjak ke alam usia ‘emas’ [usia tua]. Jawapan yang paling mudah, kerana setiap peringkat usia yang kita lalui itu sesuai dengan tahap penerimaan akal dan diri kita untuk menerima segala cabaran bersesuaian dengan tahap penerimaan diri kita. Pernahkah kita terfikir dapatkah kita menjadi kuat atau tabah sekiranya kita menjalani kehidupan ini tanpa mengikuti satu pusingan yang lengkap? Apa akan jadi sekiranya kanak2 kita layan atau kita menjadikannya dewasa sebelum waktu? ALLAH Maha Mengetahui, apa yang direncanakan OlehNya adalah untuk kebaikan kita semua. jangan cuba untuk diubah atau melangkaui batasanNya.
Dalam kes sufiah, walaupun dia memasuki uni. ketika usia 13 tahun namun hakikat sebenarnya dia masih lagi kanak2.. memang dia genius, tapi tumbesaran dalamannya seperti kemahiran bergaul, berkomunikasi tidak seperti seorang dewasa yang matang. Dia hanya menerima apa yang dilakukan oleh ibubapanya sehinggakan apa yang diingininya diabaikan atau mungkin tak diberi perhatian langsung. Akhirnya, bila sampai waktu dia memberontak.
Peranan sesebuah institusi keluarga turut menjadi faktor kepada masalah sufiah. Kita sebagai orang luar takkan tahu apa masalah dalaman keluarga ini. kita menyangka semuanya baik tapi kita tak tahu apa yang sebenarnya terjadi.. masalah seperti ini pasti akan wujud sekiranya ibubapa terlalu memaksa anak2 untuk menjadi ‘somebody perfect’.
Selain dari itu, dua perkara yang perlu diberi perhatian mengenai kes sufiah ialah ISLAM dan MELAYU. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang warak tapi sufiah tersungkur. Tersungkur dalam mencari hala tuju hidupnya sendiri. tersungkur kerana tidak dapat membezakan penyelesaian yang terbaik dalam masalah yang dihadapinya.Wanita yang cerdik, bijaksana atau Sufiah disifatkan sebagai anak yang baik oleh ibunya. Pilihan ‘pekerjaan’ sufiah sudah pasti menghiris dalam hati ibunya. Sebagai seorang yang lahir dari keluarga yang mementingkan agama, pada aku tindakan Sufiah adalah benar2 diluar jangkaan manusia normal. Sufiah bukan seperti watak pelacur yang dipegang oleh Julia Roberts dalam filem PRETTY WOMEN . tiada manusia yang mampu bergembira atas pekerjaan yang dilakukan sekiranya pekerjaan itu adalah menjadi seorang pekerja seks.
Bangsa melayu sering digambarkan sebagai satu bangsa yang penuh dengan sopan santun, beradab sopan, anak gadisnya yang pemalu tapi sufiah tidak seperti yang digambarkan. Tidak sedarkah Sufiah tindakan ini walaupun hanya untuk menunjukkan protes atau untuk memalukan bapanya, tapi telah memusnahklan dirinya sendiri?.bukan sekadar itu, tapi juga turut memusnahkan ahli keluarganya yang lain.? Sekiranya tindakan yang dilakukan olehnya hanya melibatkan dirinya mungkin ia tidak menjadi satu isu yang teramat besar.
sufiah bukan sahaja telah mengheret dirinya tapi turut mencampak maruah ibubapanya, maruah keluarga, saudara maranya kedalam liku gelita hidupnya sendiri. malah turut mengadai maruah agama anutannya ISLAM tanpa dia sedari,maruah bangsanya iaitu bangsa MELAYU dan juga nama MALAYSIA terbabit dalam tindakannya yang singkat ini. Banggakah anda sufiah dengan cara yang anda pilih?
Mungkin anda gembira dengan cara ini, tapi untuk berapa lama sufiah?tujuh tahun?sepuluh tahun?dan pasti satu waktu nanti anda akan menangis duka menyesali kebodohan anda akibat dari tiada pertimbangan akal yang waras. ALLAH memberi kelebihan kepada kamu dengan tujuan untuk membantu yang lain dengan kelebihan yang kamu miliki bukan merendahkan martabat kamu sebagai seorang wanita ! ALLAH telah meletakkan martabat wanita itu disatu tempat yang istimewa, tapi kenapa kamu memilih untuk menjatuhkan maruah kamu sendiri?
Pada aku, tindakan sufiah bukan satu tindakan yang bijak. Sufiah sebenarnya membodohkan diri sendiri tanpa dia sedari. Mungkin sekarang sufiah merasakan apa yang dilakukannya tepat walau hakikatnya jalan yang dipilihnya salah. Siapa pun kita, kita bukanlah insan yang tepat untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Doa aku semoga insan yang bernama SUFIAH YUSUF ini akan sedar dan lembut hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Sinar cahaya masih ada untuk kamu terus menjalani hidup yang kamu sangkakan gelita ini sufiah….
CountessONEKillerosesvii
13 apr 08
No comments:
Post a Comment