Oct 29, 2008

: : [ PENENTUNYA PENALTI ]

Dah lama tak menulis, hari ni aku terpanggil aku menulis. mungkin mengulas kalau boleh di panggil mengulas. Semua dah tau keputusan perlawanan antara Malaysia dan Vietnam on 26 Oct. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Vietnam. Tak aku nafikan penyokong Malaysia mesti kecewa teramat sangat akibat kekalahan di tangan Vietnam. Aku pun tak terkecuali. Akibat terlalu kecewa akhirnya aku pergi dapur basuh pinggan yang melambak kat dapur tu…maybe bukan rezeki Malaysia untuk menjuarai Pesta Bola Merdeka kali ke 40 kali ni..
Sebenarnya selama pasukan Malaysia beraksi, inilah kali kedua aku melihat aksi mereka dan kali pertama aku menyokong pasukan Malaysia. Diulangi KALI PERTAMA AKU MENYOKONG mereka…hehehe. Aku bukan nak prejudis tapi entahlah aku tak berminat nak menyokong mereka. Jangan tanya sebab kenapa pada aku, sebab aku pun takder jawapan. Kali pertama aku melihat mereka beraksi pada perlawanan pasukan Malaysia mlwn pasukan MyTeam. Aku sokong kali nipun sebab negara yang aku sayang.MALAYSIA. Terpulanglah pada korang nak cakap aper. Tapi tu jelah sebabnya…huhuhu.

Ok lah, bout perlawanan malam tadi, 8 kad kuning dilayangkan kepada pemain.tak kisahlah sama ada kpd pihak Malaysia mahupun pihak lawan dan satu kad merah dilayangkan oleh pengadil kepada jurulatih pihak Vietnam pada separuh masa kedua yang mengakibatkan beliau diarahkan keluar padang. Tak dinafikan kedua pasukan ini mempunyai strategi masing2 dalam usaha mencari kemenangan. Sama ada kemenangan demi maruah ataupun demi negara. Pada perlawanan kali ni Malaysia banyak menggunakan strategi ‘menyerang’ berbanding Vietnam yang menggunakan strategi bertahan. perlawanan kali ni dikuasai oleh Malaysia. Manakala sesekali sahaja pasukan dari Vietnam menguasai permainan.[ just andaian aku jer]

Pasukan Malaysia hampir mencipta kegembiraan buat penyokongnya apabila mencipta jaringan pada babak perlawanan yang pertama namun dibatalkan apabila pengadil tidak mengiktiraf jaringan terbabit kerana offsaid. Jaringan pada awalnya disambut sorakan kegembiraan namun akhirnya hilang dibawa angin lalu. Mungkin juga turut membawa semangat para pemain pasukan kebangsaan secara tidak langsung. Bermula dari babak pertama sehingga babak perlawanan kedua yang berlarutan sehingga masa tambahan pasukan Malaysia mencipta pelbagai cubaan untuk menjaring gol kemenangan bagi pihak Malaysia. Malah percubaan Vietnam untuk mencipta gol hampir berjaya apabila pasukan Vietnam ‘berjaya’ ‘menghuru harakan’ gawang Malaysia buat seketika. Percubaan yang hampir menyebabkan semangat para pemain kebangsaan ‘mati’ seketika.

Secara jujur, permainan kali ni agak ‘kelakar’. Terutama dari pihak Vietnam. Telatah para pemain mereka mencuit hati aku. Secara tak langsung ahli keluarga aku ketawa. Mana taknya pemain Vietnam ada yang jatuh dan dibawa keluar dengan pengusung tapi kemudian akhirnya masuk kembali ke padang dengan sihat walafiat…hehehe..

Dari segi semangat juang, kedua pasukan ini harus dipuji. Keduanya bermain dengan penuh bersemangat. Ini hanyalah pandangan aku sahaja. Bermatian menjaga gawang gol masing – masing dari dibolosi pihak lawan. Namun pihak FAM seharusnya menilai kembali prestasi pemain negara. Ini kerana ada dikalangan mereka tidak menunjukkan tahap prestasi yang membanggakan. Maaf aku bukanlah pakar dalam bidang ni tapi tak salahkan sekiranya kita mengambil kira pandangan orang luar? My 1st advise para pemain rajin – rajinlah rujuk cara pemain dari kelab2 atau negara luar. Pelajari strategi permainan mereka.. bukan apa aku lihat permainan para pemain kita agak berterabur. . Pihak lawan mampu ‘membaca’ posisi tendangan pemain negara. Aku sendiri sebagai penonton boleh membaca sedikit sebanyak cara tendangan mereka. Terutama pemain jersi no 13 [maaf aku tak tau nama]. Sebenarnya beliau mampu menyumbang gol kemenangan buat pasukan Malaysia. Jujur aku katakan kesebelasan utama yang diturunkan semuanya mempunyai kekuatan yang tersendiri dan mampu mencipta hatrik kemenangan buat negara. Namun mungkin sudah tercatat bahawa pasukan kita kalah pada Vietnam dipenentunya pada penalti… dan kita semuanya harus redha walaupun dalam hati masing – masing sebenarnya berharap agar pasukan Malaysia yang menjadi juara…

Lagipun dalam perlawanan sudah pasti akan ada yang kalah dan akan ada yang menang. Itu hukum alam. Apapun buat penyokong Malaysia teruskan menyokong pasukan negara dan untuk para pemain serta jurulatihnya, dalam bidang sukan jangan abaikan kesabaran di atas padang. Hilang kesabaran di atas padang, hilang pertimbangan anda mungkin dibuang padang… yang pasti malam perlawanan tu bukan rezeki kita tuk bergelar juara…

Countessonekilleroses
26 Oct 2008
1:15 a.m

Oct 27, 2008

: : [ PENYESALAN ]

orang tua - tua dulu pernah berpesan, jangan pernah wujud rasa menyesal dalam diri atas apa yang telah terjadi pada kita. Tapi sebagai manusia rasa menyesal itu sentiasa mengekori kita sehingga detik nafas yang terakhir... walau air mata darah mengalir sekali pun kita takkan mampu tuk ulangi kembali apa yang telah kita hilang. acapkali kita mengulangi andai masa itu mampu ku ulangi...namun sejujurnya jika kita mendapat peluang kedua akan mampukah kita mengelak dari penyesalan hasil dari kesilapan kita sendiri?
rasa perit dari penyesalan itu semakin perit mencengkam.semua orang ingin kehidupan mereka bahagia dan berjalan begitu sempurna. namun Takdir Ilahi tiada siapa yang dapat meramalnya.. teringat kata rakan sewaktu di bangku persekolahan dulu, 'ku pohon pada Tuhan agar dikirimkan aku kekuatan namun Tuhan memberikan aku kelemahan, namun jika difikirkan sebenarnya, itulah yang aku pohon.' hanya ini yang aku ingat. titian perjalanan yang telah terbentang diruang mata ini sebenarnya adalah yang telah ditakdirkan sejak dari azali lagi. walau air mata ini membasahi pipi dan kita merintih sengsara, apa yang telah kita pilih itulah yang harus kita tempuhi..
setiap dugaan menjadikan kita seorang yang kuat dan semakin dekat pada pencipta bukan sebaliknya..namun mengapa seringkali kita kadangkala terleka dan menjauhiNya?memang tak ku nafikan kadangkala ada keputusan yang aku lakukan dalam hidup ini membuat aku dihimpit penyesalan yang begitu menyakitkan dan meyekat aku dari bergerak.....tiada siapa yang mampu tuk membantu aku kecuali aku sendiri. dan tuk sekian kalinya aku menangis tanpa air mata.....lemahkah aku?andainya aku mampu melihat masa depan mungkin sudah terlalu banyak yang aku ketahui dan sudah banyak kesilapan mampu aku jauhi...namun cereka tetap cereka bukan alam nyata. aku tidak boleh samakan hidup ini dengan dongengan yang sudah pasti tidak pernah akan menjadi benarnya....

countessonekilleroses
27 oct 2008

Oct 26, 2008

: : [KECELARUAN JIWA]

kadangkala apa yang terlukis di wajah tak semestinya menggambarkan apa yang bergelodak dijiwa..itu yang aku rasa sekarang..celaru jiwa mungkin.ntahla... aku ingin sekali menjadi seperti burung, terbang bebas dibawah langit yang luas terbentang..atau menjadi seperti ikan yang menjadikan lautan sebagai 'padang' tuk berenang sepuasnya.tapi bila kembali ke alam nyata, aku adalah seorang manusia bukannya burung atau ikan dilautan.. dan yang pasti jiwa,hati,otak serta fikiranku tengah bercelaru dan aku perlu mencari titik momentum untuk aku berubah menjadi aku yang baru.mungkin.yang pasti aku memang tgh bercelaru minda dan jiwaku kucalana...hehehehe

countesskilleroses
26 Oct 2008