Oct 29, 2008

: : [ PENENTUNYA PENALTI ]

Dah lama tak menulis, hari ni aku terpanggil aku menulis. mungkin mengulas kalau boleh di panggil mengulas. Semua dah tau keputusan perlawanan antara Malaysia dan Vietnam on 26 Oct. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Vietnam. Tak aku nafikan penyokong Malaysia mesti kecewa teramat sangat akibat kekalahan di tangan Vietnam. Aku pun tak terkecuali. Akibat terlalu kecewa akhirnya aku pergi dapur basuh pinggan yang melambak kat dapur tu…maybe bukan rezeki Malaysia untuk menjuarai Pesta Bola Merdeka kali ke 40 kali ni..
Sebenarnya selama pasukan Malaysia beraksi, inilah kali kedua aku melihat aksi mereka dan kali pertama aku menyokong pasukan Malaysia. Diulangi KALI PERTAMA AKU MENYOKONG mereka…hehehe. Aku bukan nak prejudis tapi entahlah aku tak berminat nak menyokong mereka. Jangan tanya sebab kenapa pada aku, sebab aku pun takder jawapan. Kali pertama aku melihat mereka beraksi pada perlawanan pasukan Malaysia mlwn pasukan MyTeam. Aku sokong kali nipun sebab negara yang aku sayang.MALAYSIA. Terpulanglah pada korang nak cakap aper. Tapi tu jelah sebabnya…huhuhu.

Ok lah, bout perlawanan malam tadi, 8 kad kuning dilayangkan kepada pemain.tak kisahlah sama ada kpd pihak Malaysia mahupun pihak lawan dan satu kad merah dilayangkan oleh pengadil kepada jurulatih pihak Vietnam pada separuh masa kedua yang mengakibatkan beliau diarahkan keluar padang. Tak dinafikan kedua pasukan ini mempunyai strategi masing2 dalam usaha mencari kemenangan. Sama ada kemenangan demi maruah ataupun demi negara. Pada perlawanan kali ni Malaysia banyak menggunakan strategi ‘menyerang’ berbanding Vietnam yang menggunakan strategi bertahan. perlawanan kali ni dikuasai oleh Malaysia. Manakala sesekali sahaja pasukan dari Vietnam menguasai permainan.[ just andaian aku jer]

Pasukan Malaysia hampir mencipta kegembiraan buat penyokongnya apabila mencipta jaringan pada babak perlawanan yang pertama namun dibatalkan apabila pengadil tidak mengiktiraf jaringan terbabit kerana offsaid. Jaringan pada awalnya disambut sorakan kegembiraan namun akhirnya hilang dibawa angin lalu. Mungkin juga turut membawa semangat para pemain pasukan kebangsaan secara tidak langsung. Bermula dari babak pertama sehingga babak perlawanan kedua yang berlarutan sehingga masa tambahan pasukan Malaysia mencipta pelbagai cubaan untuk menjaring gol kemenangan bagi pihak Malaysia. Malah percubaan Vietnam untuk mencipta gol hampir berjaya apabila pasukan Vietnam ‘berjaya’ ‘menghuru harakan’ gawang Malaysia buat seketika. Percubaan yang hampir menyebabkan semangat para pemain kebangsaan ‘mati’ seketika.

Secara jujur, permainan kali ni agak ‘kelakar’. Terutama dari pihak Vietnam. Telatah para pemain mereka mencuit hati aku. Secara tak langsung ahli keluarga aku ketawa. Mana taknya pemain Vietnam ada yang jatuh dan dibawa keluar dengan pengusung tapi kemudian akhirnya masuk kembali ke padang dengan sihat walafiat…hehehe..

Dari segi semangat juang, kedua pasukan ini harus dipuji. Keduanya bermain dengan penuh bersemangat. Ini hanyalah pandangan aku sahaja. Bermatian menjaga gawang gol masing – masing dari dibolosi pihak lawan. Namun pihak FAM seharusnya menilai kembali prestasi pemain negara. Ini kerana ada dikalangan mereka tidak menunjukkan tahap prestasi yang membanggakan. Maaf aku bukanlah pakar dalam bidang ni tapi tak salahkan sekiranya kita mengambil kira pandangan orang luar? My 1st advise para pemain rajin – rajinlah rujuk cara pemain dari kelab2 atau negara luar. Pelajari strategi permainan mereka.. bukan apa aku lihat permainan para pemain kita agak berterabur. . Pihak lawan mampu ‘membaca’ posisi tendangan pemain negara. Aku sendiri sebagai penonton boleh membaca sedikit sebanyak cara tendangan mereka. Terutama pemain jersi no 13 [maaf aku tak tau nama]. Sebenarnya beliau mampu menyumbang gol kemenangan buat pasukan Malaysia. Jujur aku katakan kesebelasan utama yang diturunkan semuanya mempunyai kekuatan yang tersendiri dan mampu mencipta hatrik kemenangan buat negara. Namun mungkin sudah tercatat bahawa pasukan kita kalah pada Vietnam dipenentunya pada penalti… dan kita semuanya harus redha walaupun dalam hati masing – masing sebenarnya berharap agar pasukan Malaysia yang menjadi juara…

Lagipun dalam perlawanan sudah pasti akan ada yang kalah dan akan ada yang menang. Itu hukum alam. Apapun buat penyokong Malaysia teruskan menyokong pasukan negara dan untuk para pemain serta jurulatihnya, dalam bidang sukan jangan abaikan kesabaran di atas padang. Hilang kesabaran di atas padang, hilang pertimbangan anda mungkin dibuang padang… yang pasti malam perlawanan tu bukan rezeki kita tuk bergelar juara…

Countessonekilleroses
26 Oct 2008
1:15 a.m

No comments:

Post a Comment