Dec 31, 2011

:: goodbye

2011.
selamat tinggal.
banyak yang aku lalui.
tanfis,duka,ceria,gembira
bersatu.
aku akan berusaha menjadi lebih kuat
dalam menempuh hari yang mendatang..

2012..
selamat datang.
mungkin tiada banyak yang berubah.
atau ada yang akan berubah.

ALLAH, ku pohon KAU lindungi aku,
lindungi aku agar aku tidak tersasar dari jalanMU yang lurus.
pintaku..berkati aku.

c1krvii
311211
1:49pm

: : selepas 10 hari...

selepas 10 hari dia meninggalkan kami....
amat sukar menerima hakikat kehilangan..
kehilangan insan yang terlalu istimewa buat kami
sekeluarga..
pemergiannya secara tiba-tiba..
hanya demam panas penyebabnya..
dia..
pergi dari sisi kami
untuk selamanya..
deraian airmata menjadi peneman..
betapa sayangnya kami pada dia,
ALLAH lagi menyayangi..
dia menyusul pergi
selepas 4 tahun arwah aki pergi menghadap ILAHI
melihat wajahnya untuk kali terakhir
hati teramat sayu
semoga kau damai disana
bersama mereka yang beriman..
tanggal 21.12.2011 jam 5.35 am
kami kehilanganmu buat selamanya..
MOHD SHUKOR B. MOKHTAR

p/s: belangsungkawa.sampai detik ini aku masih lagi sebak bila teringatkan arwah pakcik aku.mesra dipanggil po'ly kadangkala aku panggil dia pokde, dia seorang yg pendiam tapi penyayang....ALLAH, tempatkan rohnya bersama mereka yang KAU redhai dan KAU sayangi..amin.

c1krvii
311211
12:10pm

Dec 12, 2011

:: beza kamu dan dia

insan yang disangka hanya sekadar mendapat kasih dan sayang tanpa cinta rupanya insan itulah yang bertuah kerana tanpa sedar dia kuberikan segalanya.kasih,cinta dan sayang.kusangkakan dia mampu kusingkirkan dari teratak hati hakikatnya dia ku dambakan setiap detik.tidak mampu melupuskan dia dari diri.dia tanpa sedar menjadi satu denganku.kehilangannya amat pedih dan dada terasa amat sakit.pilu.siksa.itulah dia.aku menyayangi,merindui,mengasihi dan mencintai dia.seumur hidupku.walau tiada dia tetap di ingatanku.

yang disangka mendapat segalanya, kasih sayang dan cinta hakikatnya hanya sekadar mencicip sayang yang rapuh.hilang rasanya dibawa angin lalu.tidak berbekas di kanvas hati..tiada terpalit rasa sedih atau pedih tatkala kehilangan.itulah kamu.insan yang ku benam jauh dari hidup.tidak mahu tahu tentang kamu walau sekelumit zarah pun.bukan membenci.tidak.

kamu dan dia berbeza.cukup berbeza.

jangan ditanya aku mengapa.jangan diluah ayat 'lupakan aku.kupohon buka pintu hatimu untuk jejaka lain.' jangan diucap apa-apa.hati ini hanya aku yang tahu pedihnya.pedih kesan egoku.jangan sesekali rasa bersalah padaku.bukan salahmu.itu hakikat.dan 'dia' umpama unggas yang tetap tenang membelah langit tinggi.aku?harus belajar menerima akibat khilaf sendiri.ku hanya ingin 'dia' tahu hanya satu, hingga detik ini 'dia' tetap 'raja hatiku'.dan aku jua ingin 'dia' tahu, aku hanya ingin lihat dia bahagia.jangan risau.aku akan berusaha membina kekuatan ku hasil dari khilaf ini.

p/s: walau tersungkur aku tetap cuba bangun,berjalan dan berlari kembali!itu aku.noktah.

c1krvii
111211
2:56pm

: : gelisah hati

saat berusaha memujuk diri untuk lelap,
tatkala mata ku sukar tuk dipejamkan..
hati ku dilambung getaran gelisah,tidak tenteram.
rupanya itu petanda dari ILAHI
'dia' di timpa bencana.
tapi apa?kenapa?
tidak ku ketahui.
hanya sekadar utusan

'jangan risau.'dia' bertambah ok sekarang.'

aku berusaha untuk tidak risau.kerana dia tidak suka aku risau.itu 'dia'.

p/s : dadaku berombak kencang.aku akan tunggu penjelasannya mengapa.YA ALLAH ku pohon KAU lindungi 'dia'.

c1krvii
121211
1:43am

Dec 10, 2011

: : gerhana bulan...

rembulan berselindung malu
disebalik awan hitam
hanya bayu dingin
lembut menyapa pipi
hari ini
malam ini
bulan ku gerhana....
ku menanti dengan sabar
untuk melihatmu...
izinkan ku melihat mu..
ehsan gambar dari facebook Malaysia Lunar Eclipse

p/s: fenomena 'gerhana bulan' akan berlaku bermula dari 7:34pm hingga 1:30am di malaysia (sumber akhbar KOSMO!)


c1krvii
9:05pm
121011

Dec 7, 2011

: : hujan,guruh dan petir..

dalam amukan hujan lebat yang menggila dan tatkala ianya bersatu bersama dentuman guruh yang mendebarkan jantung dan panahan sang petir tanpa arah, aku berdiri dalam ketakutan.terasa jantung bagai direntap keluar tanpa belas!




c1krvii
071111
12:37am