Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Apr 24, 2012

langkah bermula..

permohonan aku untuk menyertai SHO (Safety Health Officer) berjaya!aku akan mendaftar esok atau lusa.itu bergantung pada keadaan. malam ini aku akan ke daerah kecil di utara selama 6 bulan untuk kursus jangka pendek. sejujurnya aku amat gembira.namun perasaan sayu tetap terselit di hujung hati.kejap pelukan bonda masih aku terasa.pesanan dan ingatan dia aku simpan kemas2 dalam usb otak aku ni..sedih lak nak tinggalkan mak..wa.... abah lak muka memang kool abis..tapi time bila dia cakap, mata aku dah berair!jujur aku cakap, sedih nak tinggalkan diorg.sebab selama ni aku 'main-main' kat kawasan dekat2 jer.cherating, shah alam,damansara, senang cerita dekat dgn family aku.perjalanan nak balik kampung pun ambil masa dalam 4 atau 5 jam (by public tranportation) atau cuma 2 jam jer lau nek kereta..

tapi aku bersyukur sangat sebab aku dapat restu dari mak n abah. pada aku itu paling penting sebab aku tak nak bila aku pergi restu diorang tak bersama aku.cukup kesilapan lepas mengajar aku.

aku bersyukur juga family angkat aku pun support keputusan aku..abah,mak n ummie tx alot!

'dia'..terima kasih atas pandangan yang jujur.aku tau setiap katanya lebih kepada pengalaman yang dia ada.mungkin lau aku ditempat dia, aku akan bersikap lebih ekstrem lagi.

for me- teruskan langkah ini, walaupun bermula dengan perlahan.yang penting think positive. dah cukup masa tuk aku bermain-main sebab sekarang bukan masa tuk aku try n error lagi.sekarang cuma bergerak ke depan jer dan aku akan nikmati apa yang aku ada.dan paling penting aku kene belajar betul2, bersungguh-sungguh supaya aku boleh jadi contoh pada adik2 aku.gambatte!

c1krvii
1245noon
240412

Feb 2, 2012

salam ceria..

setiap kali abah telefon aku, dia mesti akan cakap macam ni :

'hallo,hallo...salam ceria..hari ni anak abah ceria tak?'

aku?mesti tergelak...kadang2 abah telepon semata2 nak tanya soalan ni jer..
boleh dikatakan hampir setiap hari lak tu... hai..abah..abah...
kadang2 tergelak aku bila jawab panggilan dia..
risau sangat kalau2 aku ni tertekan... =)
so sekarang aku tahu dari mana aku dapat penyakit overdose risau ni..
dari abah!..(mian he abah..sebab 'terkutuk' hehehe.. )

abah, along sayang abah even along tak suka bila abah 'ikat' along.. =P
abah..lelaki yg keras dan tak reti nak cakap lembut tuk tunjuk rasa sayang dia..
tapi melalui perbuatan dia, i know he love me.. =)

c1krvii
020212
4:49pm


Dec 31, 2011

: : selepas 10 hari...

selepas 10 hari dia meninggalkan kami....
amat sukar menerima hakikat kehilangan..
kehilangan insan yang terlalu istimewa buat kami
sekeluarga..
pemergiannya secara tiba-tiba..
hanya demam panas penyebabnya..
dia..
pergi dari sisi kami
untuk selamanya..
deraian airmata menjadi peneman..
betapa sayangnya kami pada dia,
ALLAH lagi menyayangi..
dia menyusul pergi
selepas 4 tahun arwah aki pergi menghadap ILAHI
melihat wajahnya untuk kali terakhir
hati teramat sayu
semoga kau damai disana
bersama mereka yang beriman..
tanggal 21.12.2011 jam 5.35 am
kami kehilanganmu buat selamanya..
MOHD SHUKOR B. MOKHTAR

p/s: belangsungkawa.sampai detik ini aku masih lagi sebak bila teringatkan arwah pakcik aku.mesra dipanggil po'ly kadangkala aku panggil dia pokde, dia seorang yg pendiam tapi penyayang....ALLAH, tempatkan rohnya bersama mereka yang KAU redhai dan KAU sayangi..amin.

c1krvii
311211
12:10pm