Buat insan yang kugelar sahabat.
mereka.insan yang ku gelar sahabat.hadir tatkala aku memerlukan dahan untuk berpaut.sejujurnya tanpa mereka aku mungkin akan tenggelam dalam lautan keliru yang bisu tanpa sebarang tanda.aku merindui mereka.sangat.maaf kerana aku mungkin tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik buat kalian.namun kalian adalah yang terbaik untuk diriku.terima kasih.
Petanda atau sekadar permainan tidur?
Malam tadi aku bermimpi lagi.kisah berbeza namun rasa takut yang masih sama.apa petanda?persoalan semakin ligat didalam minda.mengapa sang batik?mengapa sang menjalar lagi? mengapa bila tersedar aku terasa 'dia' kejap dan menjalar di leherku?tidak bergerak.mengapa ketakutan itu terasa hatta badanku badan bermandikan peluh dan romaku meremang?malah masih terasa renungan tajam menikam itu tatkala tersedar dari lenaku.seribu persoalan mengapa muncul dan hingga detik ini masih tiada jawapan yang aku temui.adakah ianya petanda atau sekadar momokan sang syaitan?keliru,resah,gementar dan takut.itu yang aku rasa.kini.
c1krvii
18032012
5:5opm
No comments:
New comments are not allowed.