dari luar orang akan dia seorang lelaki yang perfect dengan caranya yang tersendiri.tegas.lembut dan matang dalam bicara.namun tiada siapa akan terdetik malah terfikir bahawa dia adalah salah seorang PLHIV(people living with HIV). sejujurnya itu pandangan aku pada abah.pertama kali berjumpa abah seperti manusia normal lain.bukan terlalu kurus seperti PLHIV yang dimomokkan selalu di ruang-ruang media.abah bertubuh sederhana.tak terlalu kurus atau terlalu gemuk.
abah mempunyai diabetes.malah platelet abah pun rendah.secara ringkas,kisah abah diuji dengan virus ini bermula pada usia abah 43 tahun.semuanya bermula dengan disyaki sebagai denggi dan dimasukkan kedalam HDW(High Depency Ward) selama 2 hari akibat daripada platelet abah yang kekal rendah sebelum dipindahkan ke wad biasa semula.di wad pula, abah di beritahu mungkin abah ada penyakit-penyakit kronik.(mungkin berdasarkan simptom yang ada pada abah tika tu).the best part, Dr yang rawat abah plak kebanyakkan Dr pelatih, so diaorang diagnosis abah sambil tengok buku..Dr.senior dan pakar plak jarang menjenguk.lengan abah usah cerita lah..semua ada tanda ‘cop’ lebam akibat ambil darah.mana tak ber 'cop' bila yang ambil tak mahir,cucuk sana cucuk sini, tak jumpa urat cuba lagi cucuk..memang bertanda lah lengan abah...
pada peringkat awal abah didiagnogsis mungkin neutropenia, kemudian ada kanser plak kemudian multiple myeloma then suspek leukimia.pening tak?kalau kena kat aku, ada aku mengamuk kot... =) ye lah...sekejap A,sekejap B,sekejap Z... bibir abah memanglah berdarah tu pon sebab sel darah abah cair kerana denggi dan platelet abah rendah.akhirnya pihak perubatan buat keputusan untuk buat BMA(Bone Marrow Aspiration) atau dalam bahasa mudah tebuk tulang punggung tuk ambil sample.untuk BMA abah dijanjikan bahawa ianya Cuma ambil masa 15 minit dan dilakukan oleh Dr, pakar namun yang sebaliknya berlaku bilamana yang melakukannya hanya M.O yang masih lagi muda dan tempoh masa hampir sejam.dari pada satu tebukan kepada tiga tebukan.melolong abah dibuatnya..
darah dan platelet berkampit-kampit di masukkan dalam badan abah.selama 2 hari abah dimasukkan diwad biasa sebelum dipindahkan ke Isolation Room selama seminggu.selepas beberapa hari, ujian HIV dan hepatitis dilakukan atas abah.ujian HIV dilakukan sebanyak 2 kali dan Alhamdulillah keputusannya adalah negative untuk kedua-dua ujian.manakala untuk yang lain seperti ujian x-ray,buah pinggang, paru-paru,jantung dan sebagai masih berada ditahap yang baik, diabetes abah pula masih lagi terkawal.abah diberikan cuti dan abah kena datang kembali 3 minggu kemudian untuk ujian ELISA dan keputusan untuk ujian ini masih lagi negative. Lebih kurang sebulan kes abah dirujuk ke Hospital Ampang.yang menguruskan kes abah semua Dr. pelatih,Dr pakar yang review kes abah entah kemana hilangnya.Bila nak review kes abah, abah diberitahu beberapa perkara penting dalam fail rawatan abah HILANG!.bahkan ada seorang Dr pelatih india pening cari fail rawatan abah…
Bila di Hospital Ampang, Dr minta fail rawatan abah di hospital yang abah buat BMA, jawapan yang diterima adalah fail rawatan abah ‘TIADA’. Di ampang, darah abah diambil lagi sekali dan keputusan yang keluar adalah abah POSITIF HIV dan ada HEPATITIS.abah tak puas hati, abah pergi ke hospital private medical centre, abah TIADA HEPATITIS (Nampak tak kat sini?bukan nak blame sesiapa…but soalan aku, kenapa ada khilaf ttg result?machine error?human error?ni aku akan tulis the next ep k.) 3 kali tebukan, abah diberitahu sample tidak mencukupi dan ianya tidak perlu.semudah itu?
C1krvii: abah dalam cerita ini adalah someone yg aku kenal.for me he is a fighter in his way.kemungkinan abah dijangkiti hiv melalui pemindahan darah ketika melalui BMA suatu tika dulu.kisah ini aku olah dari teks asal di laman blog AHP.sekiranya berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang HIV sila layari laman blog ini akuhivpositiv.blogspot.com
c1krvii
6:20pm
2/4/2012
i love u sayang.
ReplyDeletetak perlu sedih2. hiv membawa seribu rahmat utk abah.
*malu*...
Deleteabah ni...abis merah muka orang..hahaha
love u too abah..
ne ada org sedih...
orang relax jer..hahaha
yup..setuju..abah jumpa kekuatan abah yang abah tak sangkakan?..