May 4, 2009

: : Rawan

aku memang dah lama cari lagu ni tapi x jumpa. aku pun tak tau nape lagu ni termasuk dalam koleksi kegemaran aku. maybe suara penyayinya kali ni berbeza kot...cuma hari tu bila aku jumpa member aku lia dia bagi aku 2 buah lagu. Rawan and Tuhan berikan aku cinta by Ayushita. ni lirik lagu Rawan.. thanks lia..

Lirik Lagu: Rawan
Artis: Azharina

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup ku tangisi sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku

Andai kau kembali merawat hati rindu
Ku bahagia pabila kau tiba

Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi meruntun hiba
Sesalan ini kuakui
Segala kemaafan ku pohon kepadamu

Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik
Untukku…

: : Idea ting tong...

idea ni datang masa aku nak tido malam tadi...tiba2 jer keluar....

Andai rindu menyakitkan
mengapa hati sering menidakkan?
Andai cinta membahagiakan
mengapa harus ada pengorbanan
yang memeritkan?
andai cinta dan rindu itu umpama hempedu
mengapa aku masih lagi merasai madunya?
Andai cinta bertunjangkan ikhlas dan redha
mampukah diri mengharung badai dugaan
berbekalkan keyakinan sebagai perisai?
andai segala yang dilakukan memerlukan pengorbanan
mampukah aku redha dan ikhlas terhadapnya?
Demi keranaMu Ya Allah Ya Maha Agung....
Berilah aku petunjukMU Ya Allah...

killeroses
4 may 2009

: : Di taman teman..

lagu yang aku suka....membawa makna tersembunyi dalam setiap bait lirik dan setiap iramanya...

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kumtum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saatku jejaki temanmu
Benar indah amat indah

Di kala luka terlalu dalam
Sembuh pun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci

Biarku telan tangismu
Biarku telan resahmu
Meski kau bukan milikku
teguh kau di hatiku

Percayalah
Kau inderaloka
kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini
Lagu: Fauzi marzuki
lirik : Hairul Anuar Harun
Penyanyi : Siti Nurhaliza

Apr 22, 2009

: : ermmm

untuk beberapa hari ni life aku terasa kosong..aku risau bila terfikirkan keadaan dia.walau aku tahu dia mampu jaga diri sendiri.tapi jujur aku cakap wujud ruang kosong dalam hidup aku bila aku tak berbual dengan dia.apa pun aku harap dia cepat sembuh sebab aku tak sabar nak bertukar pendapat tentang anything.aku betul rindu kat dia...ops!!!(habislah lau dia terbaca kembang semangkuklah my luvly brother tu...) semoga cepat sembuh...

countesskilleroses
22 april 2009

Apr 8, 2009

: : BULI...

Buli..satu masalah disiplin yang sering melanda institusi pendidikan di negara ini. Masyarakat sudah lama disogokkan dengan masalah ini. Namun dimana penghujung penyelesaiannya?Pengurusan sekolah seharusnya tidak perlu untuk berasa malu sekiranya sekolah mereka terlibat dgn masalah ini.Bukan bermakna pihak sekolah tidak mampu menanganinya atau lemah tapi untuk menyelesaikan masalah ini adalah bekerjasama dengan pihak ibu bapa, polis serta badan-badan lain yang difikirkan perlu. Perlu diingat beban para guru sudah sedia banyak kenapa harus dibebankan segala masalah dalam membentuk generasi muda kepada mereka? Dimana letaknya peranan ibubapa?masyarakat? serta apa peranan rakan sebaya ? dimana pula peranan persatuan yang telah wujud samada diperingkat kementerian atau badan – badan bebas?.Sebagai institusi yang dipercayai untuk membentuk generasi muda, pihak sekolah bersama badan – badan lain seharusnya mengkaji permasalahan utama serta masalah lain yang menyebabkab kegiatan buli ini wujud.Tanggungjawab mengenal pasti punca masalah buli tidak seharusnya ditunding pada pihak sekolah sahaja. Harus diingat ibu bapa tidak boleh mengharap kepada para guru dalam membentuk peribadi anak- anak mereka. Dalam berurusan dengan remaja yang sering dikatakan mengalami kecelaruan jiwa semua pihak seharusnya mencari penyelesaian yang member situasi menang-menang (win- win situation) kepada semua pihak. Namun dalam usaha ini ibu bapa seharusnya sedar,selain memberi kesenangan kepada anak – anak mereka keperluan emosi dan rohani mereka tidak seharusnya di abaikan..sebagai anak yang sedang membesar emosi mereka sungguh sensitif dan mereka patut diajar mengenai akibat dari segala perbuatan mereka bukan dengan menyorok segala kesalahan mereka. Ibubapa, sekolah boleh memberi nasihat atau apa sahaja bentuk hukuman kepada mereka yang membuli. Adakah kita ingin anak-anak yang sering melakukan aktiviti membuli ini berterusan ? atau sehingga ada berita kematian baru semua pihak ‘sibuk’ mengeluarkan akibat atau penemauan buli ini kepada umum? Pada masa itu jawapan aku adalah satu , SUDAH TERLAMBAT! Kepada ibubapa diluar sana, fikirlah tentang ini… masa anda kecil dulu ibubapa anda garang bukan?sebab apa?kerana mereka tak mau anda lemah,anda mudah hanyut dalam menempuh hidup sebab mereka tahu zaman anda tak akan sama dengan zaman mereka. Sekarang lihat hasil ketegasan ibubapa anda.anda sudah mampu melawan arus kehidupan,mampu hidup senang ,mampu menggapai bintang, cuba anda bayangkan apa akakn jadi sekiranya anda terlalu dimanja dimanakah anda?mungkin anda tidak mampu berada seperti sekarang dan yang paling teruk anda akan akan MENYALAHKAN IBUBAPA ANDA!I dengan alasan yang terlalu klise MEREKA TIDAK MENEGUR AKU BILA AKU BUAT SILAP!!hakikat yang sebenar anda yang tidak mahu mendengar..dan bayangkan ini yang akan menimpa anda sekiranya zuriat anda terlalu dimanjakan atau tidak diberi tahu akibat segala perbuatan mereka apakah yang mampu anda lakukan?menyesal dan menangis?...fikir – fikirkan lah…kerana segala permasalahan yang wujud bermula dari rumah..sekolah dan masyarakat hanya menerima dan mencantikkan hasil yang telah anda beri kepada mereka… penyelesaian buli ada pada kita semua. Ingin menyelesaikannya atau pin tidak pun pada tangan anda…

Killeroses
7 april 2009

Jan 20, 2009

: : MAUT

erm.... what i should say bout this film erm? actually aku sebenarnya peminat nga karya bade hj azmi...ader satu kepuasan bile aku menonton hasil2 karya bade ni...MAUT dengan tagline ia pasti datang sebenarnya pada aku satu karya yang jujur dalam kelompok yang tersendiri.bercerita tentang gais naif yang 'menolong' gadis lain untuk 'pulang' kepangkuan keluarganya walaupun dah terpisah roh dari jasad kemudian beralih kepada cerita perjalanan 'pulang' gadis melayu yang telah tersasar dari norma2 gadis timur setelah bersuamikan bangsa asing dan penutupnya tentang kisah jj yg 'berkiblatkan' muzik black metal tanpa sempat bertaubat...dalam arus kemodenan sekaranng bade memilih utk 'menegur' secara 'halus namun pedas' terhaap masyarakat hari ini yang rata - ratanya seakan terlupa atau terleka tentang kehidupan yang kekal dan pembalasan di dunia yang kekal..jujurnya teknik cgi yang digunakan untuk menggambarkan betapa seksanya seksaan di alam akhirat begitu menyentuh hati kecil aku..dan mampu memberikan keinsafan kepada penonton.
pada aku MAUT adalah satu karya BAde yang begitu jujur dan brgitu juga penghayatan para pelakonnya yang begitu bersahaja dan dpt menjiwai watak dengan baik....
5 bintang untuk filem ini..

countess killeeroses
20 jan 2009

Jan 5, 2009

:: WELCOME 2009 N BABAI 2008

tahun 2008 :: gerhana namun indah...::

sejujurnya ingin aku katakan tahun 2008 merupakan tahun gerhana buat aku...tahun pertama aku berdikari atau dalam erti kata lain tahun untuk aku cuba hidup dan terbang bebas di langit kehidupan...sememangnya hidup tidak seperti dalam ceritera fantasi atau nukilan novel..seribu liku yang wujud di hadapan harus ditempuhi walau hati dan diri seperti sudah tidak mampu untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan.sekiranya tiada kekuatan mungkin aku sudah jauh dibawa arus dalam menepuh hidup ini.namun dalam tahun yang gerhana itulah aku belajar dan mengenal erti kasih sayang, erti perjuangan untuk terus berlawan demi sebuah kehidupan dan membina impian aku sendiri.sesungguhnya kehidupan yang aku lalui setahun yang lepas adalah setahun yang pahit namun ia mengajar aku erti hidup ini...terima kasih buat keluarga aku yang tak pernah jemu menyuntik kekuatan buat aku tatkala aku sudah hampir 'nazak' menongkah sebuah kehidupan.buat insan2 yang tersayang jutaan terima kasih kerana sudi mejadi tempat tuk aku bercerita, ketawa dan menangis dengan kalian dalan setahun yang gerhana namun indah..

tahun 2009....
tahun yang mencabar..mencabar dari segala segi terutamanya ekonomi yang sentiasa berubah. harapan aku semoga tahun baru ini membawa sinar kepada semua..bila bercerita tentnag azam soalan yang tak boleh lari dari pertanyaan adalah berkaitan AZAM...azam aku?seperti biasa, meningkatkan kehidupan aku agar lebih baik dari tahun sudah...andai tahun sudah aku andaikan tahun gerhana buat aku, aku harap tahun ni akan menjadi tahun yang bahagia untuk aku..hehehe.apa yang pasti soal cita aku ketepikan dulu.bukan tak berminat cuma tak der keyakinan lagi...ye ker?.atau satu alasan yang klise?.terpulang...tapi pada aku ader tahun ini adalah misi untuk kumpul harta banyak2 and tahun tuk aku mencapai impian aku..hahaha


countesskilleroses
5jan09