Mar 18, 2012

coretan

Buat insan yang kugelar sahabat.

mereka.insan yang ku gelar sahabat.hadir tatkala aku memerlukan dahan untuk berpaut.sejujurnya tanpa mereka aku mungkin akan tenggelam dalam lautan keliru yang bisu tanpa sebarang tanda.aku merindui mereka.sangat.maaf kerana aku mungkin tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik buat kalian.namun kalian adalah yang terbaik untuk diriku.terima kasih.

Petanda atau sekadar permainan tidur?

Malam tadi aku bermimpi lagi.kisah berbeza namun rasa takut yang masih sama.apa petanda?persoalan semakin ligat didalam minda.mengapa sang batik?mengapa sang menjalar lagi? mengapa bila tersedar aku terasa 'dia' kejap dan menjalar di leherku?tidak bergerak.mengapa ketakutan itu terasa hatta badanku badan bermandikan peluh dan romaku meremang?malah masih terasa renungan tajam menikam itu tatkala tersedar dari lenaku.seribu persoalan mengapa muncul dan hingga detik ini masih tiada jawapan yang aku temui.adakah ianya petanda atau sekadar momokan sang syaitan?keliru,resah,gementar dan takut.itu yang aku rasa.kini.

c1krvii

18032012

5:5opm


Mar 16, 2012

manusia biasa

Aku.manusia. biasa. Itu aku.hanya seorang manusia biasa yang mempunyai rasa hati sama seperti manusia lain.tiada beda walau sebesar zarah.

Aku tidak ingin menjadi sempurna.aku hanya ingin menjadi manusia yang melakukan khilaf dan belajar dari khilaf untuk menjadi yang terbaik.kerna aku tahu kesempurnaan itu tidak betah buat aku. Malah aku tahu aku tidak mampu mengapai kesempurnaan itu.

Aku hanya manusia biasa yang sentiasa belajar untuk menjadi terbaik walaupun kadangkala aku tewas.walau kadangkala aku kecewa.walau kadangkala airmata ku menjadi peneman setia.ada masa aku menangis sendu. Ada tika aku tertawa gembira.itu aku.seorang manusia biasa.

Aku bukan seteguh karang namun aku jua bukan serapuh kaca.perjalanan hidup yang berliku menjadikan aku tabah dan kuat.dan mematangkan aku.ada detik aku keliru dengan kemahuan diri, ada detik aku yakin dengan kemahuan hati.

Perjalanan hidup ini akan tetap diteruskan hingga detik nafasku yang terakhir.hingga perjalanan terakhirku menemui Penciptaku.

Hanya manusia biasa yang sentiasa belajar tentang hidup.itu aku.

c1krvii
16032012
3:38pm

Mar 2, 2012

epic ad




aku suka ad ni.superb pada aku.iklan durasi dalam 1:31 saat ni mengabungkan charlize theron bersama mendiang marilyn monroe,grace kelly dan merlene dietrich.pertama kali tengok iklan ini pasti ada terdetik wajah-wajah model yang menyerupai mendiang-mendiang tersebut,hakikatnya TIDAK.wajah yang ada dalam iklan ini adalah wajah sebenar mereka!. iklan ini diarahkan oleh Frenchman Jean Jacques Annaud. pengambaran mengambil masa 15 hari untuk scene theron manakala hampir setahun proses post production untuk 'menyatukan' 4 wanita ini dalam iklan ini. tak tahulah teknik apa yang diaorang guna tapi one words can desribe this ad pada aku... MARVELOUS!

cr: majalah HER WORLD keluaran DEC 2011 untuk info tentang iklan ini.

c1krvii
020312
4:38pm

Feb 24, 2012

1460


hari ini.
1460.
terima kasih.
syukur.
hanya itu mampu aku luahkan.



c1krvii
108pm
240212

Feb 23, 2012

sebaris kata

sebaris kata mampu menenangkan jiwa atau menjadikan jiwa gelora seperti tsunami!


c1krvii
0646pm
230212

Feb 15, 2012

: : khilaf

mereka terseksa atas khilaf yang lalu,
mereka terseksa atas khilaf orang lain,
malah ada yang terseksa atas khilaf sendiri,
apapun puncanya, natijahnya mereka membayar dengan harga yang amal mahal..
sesal mereka terpatri di ruang hati selagi nadi terus berdenyut...
tapi mereka tetap manusia biasa, ada hati dan perasaan
bukan boneka tiada jiwa
tiada rasa..

p/s: for HIV fighter, and their supporter.keep fighting till the end of time.

cikrvii
601pm
15022012

Feb 2, 2012

salam ceria..

setiap kali abah telefon aku, dia mesti akan cakap macam ni :

'hallo,hallo...salam ceria..hari ni anak abah ceria tak?'

aku?mesti tergelak...kadang2 abah telepon semata2 nak tanya soalan ni jer..
boleh dikatakan hampir setiap hari lak tu... hai..abah..abah...
kadang2 tergelak aku bila jawab panggilan dia..
risau sangat kalau2 aku ni tertekan... =)
so sekarang aku tahu dari mana aku dapat penyakit overdose risau ni..
dari abah!..(mian he abah..sebab 'terkutuk' hehehe.. )

abah, along sayang abah even along tak suka bila abah 'ikat' along.. =P
abah..lelaki yg keras dan tak reti nak cakap lembut tuk tunjuk rasa sayang dia..
tapi melalui perbuatan dia, i know he love me.. =)

c1krvii
020212
4:49pm