Jul 13, 2011

: : biar rugi sehari dari rugi selama-lamanya

pasal perhimpunan BERSIH 2.0 lagi....hehehe...ini pendapat seorg hamba ALLAH yang aku kenal dan telah pergi ke perhimpunan tersebut :-
i) kata aku : tapi berbaloi ker sebab kan org lain susah? peniaga rugi, tak leh berniaga,pelancong
takut, paling penting aku terpaksa duk rumah gara2 korang?
kata dia : berbaloi!.biar rugi sehari dari kita terus kena tipu dan rugi selamanya.biar org lain
rugi tapi kami dapat apa yang kami nak.
ii) kata aku: sapa pon naik sama jer...selagi manusia nama manusia selagi tu masing2 akan gila
kuasa dsb...lagipon kamu yakin harga barang, minyak mampu turun?kamu yakin
segala apa yg dikatakan tidak adil akan adil?
kata dia: kami lain tak sama....ko tengoklah akak...naik jer kerajaan baru,(refer pada parti yg
dia sokong) confirmlah kak harga minyak boleh turun!
iii) kata dia: ko tak tau apa2 pasal politik...kak, ko baca harakah, pastu baca utusan, ko
bandingkan.banyak gile beza.pembohonglah utusan tu...
kata aku: memang...aku akui aku tak tahu politik,aku cuma gadis kampung.dibesarkan di
kampung, dah biasa hidup susah tapi aku berfikir secara rasional bukan membabi
buta!
iv) kata dia: cakap jerlah ko sokong kerajaan....abis cerita..tak yah nak bersyarah kat aku...
(selepas dia 'penat' kot dgr aku bebel...hahahaha...well membebelkan 'kepakaran'
seorang wanita...hehehe)
kata aku: ko silap...aku tak sokong mana2 sebab pada aku kerajaan ada salah korang pon
ada silap.kerajaan tak perfect seratus peratus, n korang tak salah seratus peratus,
tapi soalan aku berbaloi ke atas ap yg korang buat sampai menyusahkan rakyat jelata
yang lain?(dalam hati aku: sebenarnya tuk golongan ini cakap lah apa sahaja hujah, pada mereka kerajaan tetap bersalah dan zalim......)
v) kata dia: kitaorg tak minta banyak...cuma nak kerajaan dengar 8 permintaan kitaorg tu pon
payah ker?
kata aku: apa 8 permintaan korang tu?boleh aku tahu?
kata dia: tak payahlah kak..
kata aku: kenapa tak nak bagitau aku?aku pon nak tau juga sebab apa?kenapa korang
sanggup risiko diri semata2 8 tuntutan tu...aku nak gak tahu sebab aku tak baca
harakah , jadi aku tak tahu tentang tuntutan korang tu......
vii) kata dia: kerajaan tu pembohong la kak...penipu semua tu..
kata aku: dik...mana2 ahli politik akan kata dia betul org lain salah.A kata dia betul, dengar B
cakap, B kata dia betul, C pon akan kata dia yang betul..tapi, sapa tahu sapa betul
atau sapa salah?mana2 org akan sorokkan kesalahan mereka selagi boleh
sorok...begitu juga permainan politik..yg tahu sapa betul atau salah hanya diorg
jer...

ni antara 'debat' aku n that HA tu...ni yg aku ingat aku tulis...jujur aku cakap aku tak faham sebenarnya permainan politik ni..tapi apa yang aku faham, siapa pon yang naik rakyat tetap akan macam tu juga....that's my opinion...mungkin org melayu lupa kot apa yg ambiga pernah wat sampai pernah mencetus 'kegemparan' dulu..pasal kes lina joy n IFC..aku cakap sebab aku sendiri pon tak baper ingat saper ambiga ni sampai aku terbaca balik pasal dia ni.selmat lah kawan aku ni tak kene merasa pakai 'gelang perak' a.k.a gari....yg melayu sibuk berdemo, bangsa lain sibuk gelak....baguih la hangpa no....minta2 sapa yg terbaca ni lau sokong pembangkang (lau ada)tak lah 'maki' cheq..tapi lau maki pon tak pa lah tu tunjukkan 'budi bahasa' hangpa semua memang tahap gabanlah tinggi dia..sungguh 'berbudi bahasa' tinggalan pusaka nenek moyang....yg sokong gov tu if terbaca(lau ada), jangan bangga plak kata aku sokong hangpa...aku cuma nak aman damai jer...bak kata SPR 'setiap undi adalah rahsia'....hehehehehe. g pon meluat lah tgk melayu bergaduh sesama melayu kerana KUASA..nak jadi apa?dapat apa?mereka naik ker tak, hidup aku tetap macam ni..tetap gak susah, nak bayar hutang sana sini...seperti ada seorg HA (aku betul2 lupa sapa yg cakap kat aku) mereka yg berkuasa tu, if sumthing bad happen to our country they can go outside of this country but what happen to us?the people who didn't have anything?we still here..can't go anywhere.. n this word made me think deeply....to deeply...

c1krvii
13/7/2011
1:44am

Jul 9, 2011

: : khilaf itu: tolong jangan ulangi lagi!

manusia..dah jadi sifat dia ingin berkuasa.itu normal.hari ni satu demonstrasi BERSIH tengah berjalan..ada yang megutuk dan ada yang beria menyokong.dalam leka menuding jari menyalahkan, Justify Fullmeneriak mengatakan pihak satu lagi tidak bersih, tidak jujur dan sebagainya, tidakkah mereka sedar mereka seperti menceritakan kisah buruk mereka sendiri?benar tiada pemerintah yang telus dan sempurna.
kajilah mana-mana sejarah moden, setiap kisah pemerintah ada cerita 'hitam' mereka sendiri...rasuah, salah guna kuasa,rampasan kuasa,kemiskinan, dan sebagainya..kisah-kisah 'cliche ' 'ini yang membuatkan rakyat jadi jelik sebenarnya.
tapi dari sudut lain apakah kita tidak bersyukur?bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi sekarang.benar kita sebagai rakyat rasa marah tatkala harga barang naik, fikir sejenak,,,harga barang naik tindakan dari pada keghairahan pemborong/org tengah yang galak bermain harga.apakah kerajaan berdiam diri?tidak bukan?
tuduhan SPR tidak jujur dalam PRU12,adakah itu sekadar satu ujaran lelucon basi sebenarnya?sekiranya SPR tidak jujur apkah pembangkang mampu meraih undian tinggi dengan merampas Selangor,Pulau Pinang dari kerajaan BN?apakah mereka yang menyokong pakatan pembangkang tidak melihat bagaimana nasib rakyat melayu Pulau Pinang dijadikan seperti bola?dilontar kesana ke mari?inikah namanya demokrasi?
dalam kita menuding jari menyalahkan pihak lain, dalam sibuk menari mencari pincang pihak lain, dalam sibuk menyingkap kain orang dan sibuk mencari buruk orang kenapa tidak memulakan dengan diri sendiri?tiada siapa yang sempurna bukan?lihat sekeliling, berbaloikah hanya kerana ingin galak berdemonstrasi sehingga ratusan ribu mungkin jutaan manusia lain terpaksa tanggung akibat.kalau rasa itu berbaloi terpulang.andai rasa MALAYSIA ini bukan negara terbaik untuk kalian nasihat aku gugurkan taraf warganegara anda dan mohonlah kerakyatan negara lain..senang bukan?
jangan bila kerajaan umumkan tuk berikan bantuan sibuk ke depan untuk mengambil tapi timbal balik racun berbisa yang ditawarkan.bijakkah itu?jangan guna alasan bodoh 'orang dah bagi, kita ambil je lah', tak terasa malukah anda yang menentang?
menegur, mengkritik,membangkang kerajaan tidak salah,kerana kerajaan itu di wakili manusia didalamnya,sifat manusia itu kadangkala leka dan tersasar...namun ada cara untuk menegur dan bukan secara membabi buta atau ikut perasaan..generasi dahulu dah berpesan, ikut rasa binansa, ikut hati mati.jangan disalahkan lantai yang jongkang jongket andai tak tahu menari.menuding jari menyalahkan stu pihak lain itu memang seronok, apa yang paling penting,jangan kita jadi satu bangsa yang hanya ikut berdemonstrasi tapi bangsa lain dalam diam menggelakkan kebodohan kita.jangan diulang kembali sejarah kejatuhan melaka 1511.sejarah gunanya dijadikan teladan dan bukan hanya sekadar satu ilmu pelajaran dizaman persekolahan!membina keamanan itu terlalu banyak nyawa terkorban dan terlalu jauh perjalanan yang dilalui namun menjahamkan keamanan yang ada cukup hanya sesaat!.jangan satu tika generasi terkemudian menyalahkan kalian yang terlalu ghairah ingin berkuasa sehingga menggadaikan maruah bangsa.apa alasan ingin diberi andai maruah bangsa diperkotak katik hanya kerana amarah merajai diri?andai akhirnya negara tergadai?tidakkah serik pada kisah penjajah yang dulu?ingin menuding jari pada siapa lagi tika itu?jangan jadi bodoh!

apakah kalian tidak belajar melalui negara jiran kita Thailand?natijah berdemontrasi 6 tahun masih tidak mencukupi untuk membawa keluar negara gajah putih itu keluar dari cengkaman masalahnya sendiri?apakah kalian ingin MALAYSIA jadi seperti itu?jawapan aku, aku tidak mahu.cukup generasi aku yg terdahulu menderita demi sebuah kemerdekkan dan cukup bangsa aku yang terdahulu ditindas akibat khilaf sendiri, jangan diulang khilaf bangsa kita, nenek-moyang kita yang terdahulu!jangan diulang kembali sejarah melaka 1511 itu.kesannya sehingga sekarang...berfikir guna akal sebelum bertindak bukan guna kepala lutut yang langsung takder manfaat...

p/s: aku hanya gadis pencinta kedamaian dan memahami peritnya perjuangan generasi dahulu.aku tidak menyokong mana2 pihak. belajar dan fahami sejarah itu paling penting.berbaloikah menggadaikan maruah bangsa hanya kerana golongan yg gilakan kuasa?apakah andai diberi peluang berkuasa mereka mampu menjadikan MALAYSIa BUMIKU YANG TERCINTA ini lagi baik?ada kalanya sesuatu itu bukan didalam jangkauan kita.usah terpedaya denagn taburan janji yang seronok didengar tapi kita tahu sukar tuk realisasikan..cuma...jangan jadi bodoh!mengatakan org lain salah itu seronok namun bila orang lain mengatakan bahwa kita salah,sukarkan tuk kita terima hakikat?...tak percaya?terpulang kerana aku tidak memaksa untuk kalian terima, tapi bukakan minda untuk berfikir.....


c1krvii
9/7/11
4:19pm

May 29, 2011

: : luahan

yang tiada jangan dicari
kelak merana tiada penghujung
hargai kasih dimasa ada
agar tidak menyesal seumur hidup...

'cinta itu bukan kita akan berasa takut bila bersama dia, tapi kita rasa tenang dan tenteram bila dia sentiasa ada disisi walau hanya dengan melihat senyuman ikhlasnya terukir di bibir- countessonekillerosesvii'
c1krvii
5:59am
29/05/2011

May 22, 2011

: : cinta

untuk apa cinta andai hanya tuk menyakiti sekeping hati?
perlukah cinta sekiranya hanya tuk mencipta tugu keegoan diri?
indahkah cinta sekiranya niat tuk menyakiti sekeping hati yang rapuh?
nikmatkah cinta sekiranya inginkan seseorang sebagai mangsa ketidakpuasan jiwa?
cinta tidak kejam tapi kenapa manusia berlaku kejam hanya kerana cinta?

bukankah cinta itu lahir dari hati yang menyayangi, mengasihi insan tanpa ada rasa kejam dan nafsu kebinatangan?
adakah aku masih lagi tak faham tentang cinta?
atau aku belum memahami sebenarnya maksudnya cinta?


p/s: cinta itu anugerah bukan bersandarkan nafsu semata....

c1krvii
7:58am
23/05-11


May 15, 2011

: : Selamat Hari Guru....

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


: : sajak ini merupakan sajak yang paling aku suka masa zaman persekolahan dulu.Selamat Hari Guru buat para guru dan buat cikgu rahiman yang aku panggil 'ayah', terima kasih kerana sabar mengajar aku yang nakal ni.dan buat semua semua guru yang mengajar aku, terima kasih atas jasa dan kesabaran kalian mendidik aku..

c1krvii

15/5/2011

5:31am

May 14, 2011

: : rindu

aku rindu pada dia....
sangat- sangat.....
walau aku tahu ianya umpama menggapai bintang
nampak dekat tapi jauh.....

13/5- selamat hari lahir 'sayang'......

ALLAH kuatkan hati aku...aku akui kadangkala aku lemah dalam permainan hati,larut dalam lautan emosi....

: : hati...pintaku jangan kau lemas dan lemah dalam asakan dan lautan emosi tanpa penghujung ini.....

c1krvii
13/05/2011

May 10, 2011

: : berehat d' ampang...

seminggu lepas, aku melawat bff aku nanie...erm...dalam tak sedar kandungan dia dah masuk 7 bulan.ALHAMDULILLAH...aku lepak rumah dia dari hari rabu sampai hari jumaat (sebenarnya nak balik hari khamis tapi tukar plan balik pagi jumaat..hehehe)..sebabnya?tak puas nak spend time dengan dia...hahaha..
hari khamis, kebetulan dia ada check up kat AU2 dalam kul 2petang...tapi kitaorg keluar rumah awal dalam kul 1130 pagi...hehehe...merayau kat carrefour and tesco cari barang sikit, pastu dah settle segala, terus pergi ke AU2.awal gak lah kitaorg sampai kat KK tu dalam kul 115pm...waaaaaa...giler awal...hehehe..nanie checkup start kul 2pm , so dalam itu ini checkup settle dalam kkul 330pm..fuh....lama ghupanya wat checkup ni...memerlukan kesabaran sungguh...(macamlah aku tak pernah pergi wat checkup...hehehe..)disebabkan dia tak ditemani oleh EN SUAMInya maka BP cik puan nanie kesayangan aku ni...telah naik...(tu teori aku je lah... =p..tapi disokong sikit oleh cp nanie..hahaha)..
tapi aku rasa gembira sebab cp nanie aku ni sihat...sekurang-kurangnya sebelum dia merantau di johor aku dapat tengok dia..sebab pas ni dia kene berpindah ke negeri J, ikut suaminya...
sedih plak...tapi takper, internet + tipon kan ada...hehehe...leh je nak borak@ +sembang2 kan cp nanie?heee..

p/s: i'll miss u badly after this nanie...=(

c1krvii
3:12am
10/05/2011