22 disember (tahun aku tak pasti),abah menerima keputusan ujian darah di Hospital Ampang.dah lah Dr yang bertugas waktu 'baik hati'.abah diasak dengan pelbagai soalan,antaranya samada abah pernah ambil dadah atau melakukan hubungan seks bebas.bila abah cuba jelaskan abah ada melakukan BMA(bone marraow autopsy) jawapan Dr hanya ' itu saya tak ambil kira'.perfect! jawapan dari seorang Dr.bila abah ingin tahu tentang keputusan BMA dia jawapan dari Dr hanya tak perlu kerana abah tiada masalah kanser. abah menerima keputusan, dia adalah pembawa HIV dengan seribu persoalan menyerbu diminda.pada aku, yang buat abah rasa keliru, terhina dan 'lost' adalah kerana disebabkan cara penyampaian Dr.cina tersebut.pertanyaan seperti mendesak dan nada kasar seolah-olah abah adalah penjenayah....
mak, insan pertama yang abah beritahu tentang berita sedih ni disusuli dengan ummi.(ye..abahku berpoligami..if sesaper nak dapat nasihat tuk poligami leh jumpa abah k..hahahaha.) Abah sangat beruntung sebab mak dan ummi menerima ujian ini dengan tenang, dan aku yakin ini juga sumber kekuatan abah hingga kini selain anak-anaknya dan komuniti.
peringkat permulaan apabila abah disahkan sebagai pembawa HIV, sebagai manusia normal yang lain, keliru,takut,mencari punca jangkitan bagaimana abah dijangkiti.abah tidak mengamalkan aktiviti berisiko yang membolehkan abah dijangkiti.tapi aku mengesyaki kemungkinan abah dijangkiti melalui pemindahan darah ketika abah melakukan BMA dahulu..tapi ALLAH lagi mengetahui.
dari segi emosi abah amat tertekan.memikirkan punca jangkitan,memikirkan kesan terhadap keluarga, memikirkan sekiranya virus ini turut menjangkiti ahli keluarga abah yang abah sayangi, memikirkan kesan terhadap kerjaya abah dan sebagainya....
abah mengalami major depression, sehingga abah pernah tergerak hati untuk memencil diri di pusat perlindungan HIV dan AIDS.hanya kerana abah tak nak menyusahkan keluarga dan mereka menanggung aib kerana abah...walau ada cadangan agar abah membawa kes ini kemuka pengadilan, abah memilih untuk tidak membawanya ke depan.kerana pada abah, ini akan lebih memberi tekanan,proses yang lama, tuding menuding jari dan paling penting abah ingin melindungi keluarga abah sendiri.aku faham maksud abah.jika ditempat abah, mungkin tindakan ini juga aku ambil..
dalam tempoh 'tegang' perlahan-lahan abah bangun mengumpul kekuatan.kekuatan menerima,kekuatan memahami virus ini.akhirnya kini abah melalui pemerhatian aku..abah tabah dan kuat menerima ujian ALLAH ini.pada aku ujian yang abah lalui ini memberi berjuta rahmat pada abah. dari hanya ada anak-anak lelaki, kini abah dah ada 3 anak perempuan termasuk aku..paling best bak kata abah, anak-anak dara abah semua garang dengan abah..hahaha nasiblah abah..dapat kitaorg yang suuuuuuuuuuuuuuuuuuukaa buli abah...lalalalaa..
c1krvii: mungkin abah tak sedar, abah temui kekuatan yang paling utuh dalam diri abah selepas dididik(pinjam bahasa abah) dengan ujian ini.abah temui insan-insan yang menyayangi abah tanpa sebarang syarat dan benar -benar ikhlas menyayangi abah..
c1krvii
5:04pm
05042012
No comments:
Post a Comment