Showing posts with label tentang aku. Show all posts
Showing posts with label tentang aku. Show all posts

Apr 24, 2012

langkah bermula..

permohonan aku untuk menyertai SHO (Safety Health Officer) berjaya!aku akan mendaftar esok atau lusa.itu bergantung pada keadaan. malam ini aku akan ke daerah kecil di utara selama 6 bulan untuk kursus jangka pendek. sejujurnya aku amat gembira.namun perasaan sayu tetap terselit di hujung hati.kejap pelukan bonda masih aku terasa.pesanan dan ingatan dia aku simpan kemas2 dalam usb otak aku ni..sedih lak nak tinggalkan mak..wa.... abah lak muka memang kool abis..tapi time bila dia cakap, mata aku dah berair!jujur aku cakap, sedih nak tinggalkan diorg.sebab selama ni aku 'main-main' kat kawasan dekat2 jer.cherating, shah alam,damansara, senang cerita dekat dgn family aku.perjalanan nak balik kampung pun ambil masa dalam 4 atau 5 jam (by public tranportation) atau cuma 2 jam jer lau nek kereta..

tapi aku bersyukur sangat sebab aku dapat restu dari mak n abah. pada aku itu paling penting sebab aku tak nak bila aku pergi restu diorang tak bersama aku.cukup kesilapan lepas mengajar aku.

aku bersyukur juga family angkat aku pun support keputusan aku..abah,mak n ummie tx alot!

'dia'..terima kasih atas pandangan yang jujur.aku tau setiap katanya lebih kepada pengalaman yang dia ada.mungkin lau aku ditempat dia, aku akan bersikap lebih ekstrem lagi.

for me- teruskan langkah ini, walaupun bermula dengan perlahan.yang penting think positive. dah cukup masa tuk aku bermain-main sebab sekarang bukan masa tuk aku try n error lagi.sekarang cuma bergerak ke depan jer dan aku akan nikmati apa yang aku ada.dan paling penting aku kene belajar betul2, bersungguh-sungguh supaya aku boleh jadi contoh pada adik2 aku.gambatte!

c1krvii
1245noon
240412

Apr 12, 2012

harapan,impian,kenyataan dan realistik

sekarang ni aku memang keliru, berdebar semua ada..
rasanya berdebar tu lebih kurang sama masa tunggu result STPM aku jer..

semalam abah angkat aku telefon.aku dah bagitau pasal hasrat aku nak amik shortcourse itupun lepas 'kembar' aku bagitau kat abah dia bagi greenlight kat aku tuk cakap pada abah.masa nak explain kat abah tu, otak aku ligat nak susun ayat...Alhamdulillah sebab dia sokong keputusan yang aku buat..tapi rasa sedih lah pulak..sebab abah baru nak pulih dari rasa sedih adik pergi ke MRSM, ni aku plak nak ke kedah.. =( (ayat perasan!ngeh ngeh ngeh..tapi betul kan abah sedih kan?kan?hee)

kalau dapat dan permohonan aku berjaya, insyaALLAH 24/4 aku start ambil short course tu..tapi yang buat aku berdebar + takut+ macam2 perasaan ni sebab aku tak tahu status permohonan dan paling utama..parents aku TAK TAHU lagi hasrat aku.ok fine, diaorg confirm super duper risau bila tahu aku nak pergi jauh.kedah okay.tapi pada aku tak lah jauh mana pun, still in malaysia dan bukan kena naik flight yang makan masa berbelas atau berpuluh jam perjalanan..yang aku risau family aku tak benarkan atas alasan aku tak berapa sihat. =(. aku harap ALLAH permudahkan segala urusan aku..satu lagi course yg aku nak ambil ni sebenarnya bidang kerjayanya luas tapi agak tough!.kerja..mana ada yang tak der cabaran..even surirumah pon ada cabaran.nothing easy in this world friend!

selain abah, aku ada bagitau adik lelaki aku.dia risau nak lepaskan aku..(terasa cam anak bongsu jer aku ni even aku anak sulong!hehehe).

tapi macam aku dah bagitau abah aku akan buat keputusan dan inform parents aku bila dah confirm and dapat hitam putih.sekarang aku mampu berdoa dan dipermudahkan semua urusan aku.tuk masa sekarang lebih kepada tunggu,fikir, pertimbangkan dan mengumpul maklumat dan pandangan dulu termasuk dari Dr peribadi abah..

syukur bila aku minta pandangan beberapa rakan zaman belajar uni dulu, masing2 menyokong. lega sikit rasanya..

bila dah confirm baru aku fikir bagaimana nak bagitahu parents aku,'dia',dan boss aku. hmmm

c1krvii: kalau dapat shortcourse tu, misi aku,aku akan pastikan yang aku habiskan exam dia dalam masa 2 tahun.amin dan aku mohon dipermudahkan segala urusan..untuk abah terima kasih atas pandangan pada edgnote k.(edgnote nickname aku kat 'dunia' abah.)

c1krvii
12o42012
7:21pm