Sep 13, 2009

: : muse : Unintended

"Unintended"
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance

She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

Before you

** adakah ini aku selama ini?

countesskilleroses
130909
1254am


:: aku dan cinta (i)

Cinta..kadangkala cinta membahagiakan dan menyiksakan kita…aku pernah meyayangi seseorang(aku tak pasti samada aku mencintai dia atau tidak) sebelum ini. Akhirnya hubungan itu terputus. Aku dengan haluan aku dan dia dengan haluan dia..sungguh aku tak mampu untuk menipu yang aku amat meyayangi dia waktu itu sehingga aku jatuh pengsan bila dia melafazkan ayat, ‘jangan hubungi abang lagi’..tatkala ayat itu yang aku dengar,aku berasa begitu pedih, ruang yang luas terasa begitu sempit, degupan jantung kurasa bergerak laju..terkejut,sedih segalanya bercampur baur dan sehingga kini kadangkala wajahnya masih lagi terlintas di ruang mata. Masih lagi aku terbayangkan lesung pipitnya, senyumannya malah kadangkala usai solat dan berdoa namanya laju mengalir dari bibirku…Aku yakin dan pasti semua pernah pedih akibat kehilangan orang yang tersayang bukan?Samada dikecewakan, mengecewakan semua pernah melalui rasa pedih akibat putus kasih.Namun kita juga pernah merasai manisnya cinta itu..itu jangan dilupakan. Aku akui kadangkala aku menjadi hipokrit, agresif malah emosi dalam bab cinta.tiada rasional yang wujud. Dan itu tanpa sedar membahayakan aku dan mampu membunuhku dalam diam..benar sehingga sekarang ada waktunya bila menyebut namanya jantung ku masih lagi berdegup kencang..sehingga kini aku masih lagi bergelut tuk melupakan dia.syukur perjuangan ini ku rasakan hampir menuju kepenghujungnya.dan tuk sekian kalinya aku harus mengumpul segala kekuatan tuk melawan perasaan tatkala ingatan pada dia wujud kerna aku yakin aku mampu dan tak perlu untuk mangingatinya lagi..jujur aku katakan aku takut untuk jatuh cinta walaupun hati kecil ku tak dapat menafikan aku tetap memerlukan seseorang tuk aku mencintai dan dicintai…pelbagai alasan yang aku beri ..namun ada waktu- waktunya aku terfikir sampai bila aku harus berlindung disebalik alasan yang aku cipta ?sampai bila benteng ini akan terus menjadi perisai untuk aku?jujur aku katakan aku takut untuk jatuh cinta. Kerna pada aku cinta itu adalah sesuatu yang amat menyakitkan..adakala menuntut pelbagai pengorbanan yang terlalu tinggi untuk diri yang kerdil ini lakukan.kerna aku telah melihat ‘cinta’ itu dari persepsi yang terbalik..kerana itulah persepsi yang ditunjukkan tatkala aku mula mengenal dan belajar untuk mengenal erti cinta, dalam hal ini tiada siapa yg salah atau betul kerna manusia berbeza pemahaman dan pemikiran dalam menilai dan memahami erti cinta sesama manusia..Dan untuk kesekian kalinya DIA mendengar tangisan hati kecilku mengenai cinta…..


countesskilleroses
120909
0215am

Sep 12, 2009

:: aku dan penulisan…

Dah lama terlalu lama aku rasa aku tak update blog ni..kekangan waktu menyebabkan aku harus melupakan seketika hasrat tuk menulis…sebenarnya melalui menulis aku dapat meringankan segala apa yang melingkari kotak pemikiran aku dan melalui tulisan juga aku melepaskan segala emosi aku yang tak mampu aku luahkan secara berdepan atau tatkala berbual bersama insan yang rapat dengan aku.. kadangkala aku akui aku agak emosi dan terbawa dalam pertuturan ku dan tanpa sedar aku telah melukai hati kalian…maafkan aku …andai ader terkasar bahasa aku yang melukai hati kalian tanpa sedar seribu kemaafan kupohon dari kalian….


countesskilleroses
120909
0130am

: : Rasa Antara Kita...

WALAUPUN KITA MESRA
LEBIH DARI SEORANG KAWAN 2X

TAPI MUNGKIN TAK SAMPAI 2X
UNTUK MENJADI KEKASIH

MANUSIA BOLEH BERKATA
APA MEREKA SUKA 2X

JANGANLAH TERSALAH TAFSIR
DAN TAK MERENUNG TAKDIR 2X

CHORUS

RASA ANTARA KITA BERDUA
HANYA KITA YANG DAPAT MERASA
SERASI DI ANTARA KITA
ANUGERAH TUHAN PENCIPTA

WALAUPUN KITA MESRA
LEBIH DARI SEORANG KAWAN
TAPI INGAT PANDANG TUHAN
BIAR TERBATAS DAN SOPAN


LAGU : KHAIRIL JOHARI JOHAR (SITI SOUND SDN.BHD)
LIRIK : ZUBIR ALI (MOZA PUBLISHER)

** aku tak tau kenapa 1st dengar, aku terus suka lagu ni selain lagu di taman teman.aku ni bermakna untuk aku...

countesskilleroses
120909

: : shopping2 untuk raya...

shopping. jujur aku katakan aku sebenarnya aku bukan shophaholic. aku paling tak berapa suka melakukan aktivi terutama bila sesuatu tempat tu sesak and shopping tanpa ader barang nak beli(means takder perancangan dan list)..tapi hari ni wat dalam sejarah aku pergi ke Jalan TAR, Jln Masjid India dan Jln Masjid Jamek..tu pon selamat ader angah (adek aku)..meredah lautan manusia tuk mencari tudung tuk aku, mak and adik2...kerana nak mencari tudung tuk diaorang kami sanggup meredah lautan manusia dan hujan...hehehe..rambang mata jugaklah nak memilih semuanya lawa2 dan harga yang ditawarkan pon menarik juga...kitaorg 'menjelajah' kawasan tu sampai kul 3 lebih...sampai sakit pinggang dan dah tak larat nak berjalan...sudahnya aku and k.ngah mencari tempat lepak.kat mana?kat kedai kasut and kitaorg pegi sogo sekali..kat sogo kitaorg lepak kat foodcourt dan aku amik peluang tok TIDO!!!(even tido2 ayam..hehehe)ngantuk sangat2..klakar tol kat foodcourt tu ak blh terlelap..huhu.selamat ader adek aku jd guard..tqvm angah...t kita shopping tudung lagi k..
masa shopping tadi aku terpikir macam mana seseorg shopaholic boleh menghabiskan masa berjam-jam tuk membeli barang expecially mereka yang shopping tu pakai high heel...lau aku tak sanggup...tadi pon aku dah sakit2 pinggang and kaki...selamat pakai sandal lau ak pakai heel ader aku cabut and berkaki ayam!hahahaha...

**moral of story :aku akan cuba shopping diluar waktu 'puncak'..hehehe..tak sanggup aku nak merempuh lautan manusia lagi....blh pitam aku .....hehehe..

countesskilleroses
120909

Jun 28, 2009

: :my passion

sebut pasal passion ader satu passion yang sentiasa berada dalam ranking pertama dalam diri aku yang mampu wat membantu aku melepaskan tekanan.menari.yap menari.pada aku bila menari aku seolah2 berada dalam dunia aku sendiri.seronok dan aku berada dalam kegembiraan..tarian pada aku salah satu cara untuk kita mengenali diri kita, mendengar suara hati kita sendiri..sebab tarian pon cam senaman gak(sebab aku tak baper minat nak berjogging huhuhu)..bila sebut pasal tarian aku teringat masa mula2 aku terlibat dalam tarian.aku start menari secara serius when im 16 years old..tarian zapin.masa tu aku sedar ini yang aku nak..zapin merupakan salah satu tarian yang aku paling suka..lau tak silap aku masa tu aku salah satunya dak 'dalam' yang menari (masa tu saper2 dak hostel yang menari akan dikutuk.but aper aku kesah...yang penting aku suka.) mula2 dulu memang teruk gak aku kener.nak pg latihan pon sorok2 tapi lama2 aku pk what point aku wat cam tu?sebab tu hak aku.. dan aku still ingat ader sorang ustaz ni sengaja macam provoke.dia kata menari tu haram.sebab boleh menghairahkan org yg melihatnya dan minta kelab tarian tu dibatalkan...ader gak beberapa budak dtg jumpa aku dan minta aku berundur.jawapan aku NO!.diaorg cakap tarian tu haram sebab menghairahkan org yang melihatnya..aku ingat lagi jawapan aku masa tu.."ghairah tau x sesuatu tarian tu bergantung pada niat yang melihat.aku menari sebab aku suka.gpon lau bkn kita org muda yang pertahankan warisan bangsa kita saper lagi?nak kata aku menari salah abis yg menyanyi tu aper hukumnya?sebabgroup nasyid maka mender tu tak haram?lagi satu kitaorg menari bukan pakai baju seksi atau ketat tapi baju kurung.gpon bknnya kitaorg menari ngan dak lelaki pon.just ngan kitaorg je......."ade lagi la tp aku dah lupa sebab ap yang aku ingat kitaorang bertekak sekejap..dan aku tetap teruskan until aku Form 6..aku tak tau kenapa aku begitu ghairah dalam bidang seni terutama bidang tarian.tak kira moden atau tarian tradisional.bila ader antara mereka tak setuju aku terlibat dalam tarian aku cuma pk diaorg tak paham aku.diaorg tak tau betapa seronoknya menari tarian tradisional.dan keghairahan aku dalam tarian zapin bila aku perform dihadapan orang...sungguh menyeronokkan.. sebenarnya masa disekolah aku teramat terkilan sebenarnya.sebab terlalu banyak bender yang disekat.tak boleh menari,itu ini...atas satu alasan budak HOSTEL..sedangkan pada aku,waktu remaja adalah waktu yang paling sesuai untuk mendedahkan mereka dengan warisan kita..tarian wat aku gembira. betul2gembira.tapi skang aku dah lama tak menari.sibuk ngan blajar dan sekarang aku dah bekerja.tapi aku harap aku akan dapat balik wat sesuatu yang paling aku suka.keghairahan aku.tarian. :)

p/s ader sesaper sudi jd partner aku n ajar aku step zapin balik?hehehe..im miss my teacher yang mula2 ajar aku and kenalkan aku dengan tarian zapin ni...tx a lot cikgu amri....

killeroses
280609

Jun 21, 2009

: : jawapan...

“ katakan awak dapat suami macam saya , perangai macam saya , penyayang macam saya,past history macam saya , awak rasa awak boleh timer ke tak? “ (kata ganti nama digunakan utk tujuan keselamatan… :))
Jujur aku katakan bila aku ditanya soalan ini oleh seorang yang rapat dengan aku, aku terkejut + terkesima. Susah gak nak jawab soklan ni sebenarnya.. ni jawapan penuh aku utk soklan nie…(dari perspektif aku dan tiada kaitan dengan yang hidup atau mati) sebagai wanita dan isteri sejujurnya, hati ini pasti akan terasa.pasti wujud akan rasa terancam,dikhianati dan was –wasdan sejujurnya pasti sukar untuk menerimanya…. Tambahan pulak apabila husband aku tu tak mampu untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup dia.walau seopen minded mana pon aku naluri seorang wanita tetap akan rasa tergugat…betul, dia menyayangi aku, mencintai aku, mengasihi aku, namun sekiranya aku berada ‘dibelakang’ bayangan seseorang yang dia sayang aku pasti akan terasa. Tapi aku kena rasional jugak. Aku tak boleh nak terlalu emosi, sebab itu adalah past history dia, so aku kener respect. Sekiranya aku bercerita dengan dier pas history aku tentang seseorang dia pon tak boleh melenting.sebagai manusia kita memerlukan seorang sahabat baik yang mampu mendengar luahan kita tentang sejarah silam kita. Walau sejauh mana kita cuba untuk sembunyi satu hakikat yang hakikat yang kita kena terima sesuatu yang kiter pernah panggil ‘sejarah’ itu pernah membuat kita bahagia….pada aku, bialah husband aku itu bercerita pada aku dari orang lain…sebab itu tandanya dia menjadikan aku teman susah dan senang dia.biarlah dia lepaskan segala kesedihan dia pada aku,airmatanya pada aku, kerana aku yakin itu mungkin mampu mengukuhkan lagi hubungan antara kami.biarlah dia menjadikan aku sebagai sahabat dia serta kekasih dia untuk selamanya selain isteri dia.....sekurang-kurangnya dia mempercayai aku..dalam hal ni my mom is the perfect example yang aku blh ikut..sumtimes abah aku akan cerita pada mak bout past history dier (abah aku lu ramai peminat...)tapi my mom relaks jer..maybe dier tau abah aku tu orang dier cam ner.yang penting mak just dengar.so dari pandangan aku, if husband aku berserita tentang 'sejarah' dier tu, dier bkn nak suh atau cari jalan nak bergaduh, just nak minta kita dengar jer...erm..mendengar memang susah expecially bila husband aku bercerita tentang past history dier,tapi tak salahkan just dengar jer?ader masa mb dier plak yang kener dengar hal aku?hehehe.. TAPI TAKE FOR GRANTED IS NOT ALLOWED!..yang penting hubungan aku dgn suami aku tu bialah foundation dier kukuh.bermula sebagai kawan dan kekal seperti itu even kami dah kawin, ader anak2 yang comel dan dah tua.. maksudnya even kami dah berkahwin sekali pon aku dan dia masih lagi jadi kawan dan kekasih for each other...amin...(i know mb my answer is not reach what u really want but this is my answer i want to give to u before...as a women , i admit im sensitive and also a jealousy person..but as i mention in this entry, i have to respect my husband past story.i'll asking IF he always make a comparison between me and a person in his past life and want to change me to be like the person in his past life. because me is me and i dont like to pretend to be other person.why should i asking about his history if he love me,care bout me, make me happy along my life with him? past is still the past.that is a old story book for him.but when he with me thats is a new story...and i have to make his happy.as a wife, my responsibility is to take care my husband ,love him,and support him in any condition...i dont want he feel regret to choose me as his wife...)

countesskilleroses

21jun 09

239am