Jun 7, 2010

: : Sempurna?

Sempurna.Semua orang pasti inginkan kesempurnaan. Tak kira sama ada dari segi paras rupa, penampilan, tingkah laku atau nyatakan apa sahaja yang penting sempurna.Tapi ada satu persoalan tentang kesempurnaan itu. Wujudkah kesempurnaan itu?Dalam konteks yang sebenarnya?Aku teringat satu ayat yang " kesempurnaan tak wujud, tapi kita mampu atau berusaha tuk menjadi hampir sempurna.".Dalam kehidupan, kita belajar dari kesilapan yang kita lakukan untuk menjadi hampir sempurna.Tidak perlu menyeksa diri untuk mencari atau menjadi sempurna /perfect 100%.Kerana selagi kita bergelar manusia kita akan dan tetap buat silap.Kerana hanya melalui kesilapan kita mampu untuk menjadi hampir sempurna.Terima dengan hati terbuka segala kelemahan kita namun dalam masa yang sama kita berusaha untuk mengubahnya menjadi kekuatan kita sendiri.Kekurangan dan kelebihan adalah makanan buat insan yang bergelar manusia.Cuma ia bergantung pada kita untuk menanganinya. Manusia memang dicipata bersama kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, ia satu masa nanti ia akan menjadi satu platform untuk membantu antara satu sama lain dan melengkapi apa yang kurang.Kita hanyalah manusia biasa, sempurna ataupun tidak diri kita sebenarnya bergantung pada definisi kita sendiri tentang kesempurnaan itu.Berusaha untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik dan hampir sempurna!

May 14, 2010

:: Khas untuk insan Noraini Mokhtar (emak)

Emak,

Terima kasih sebab sentiasa ada disisi aku
Tatkala aku memerlukan sebuah sokongan
Tatkala aku hilang arah kau menjadi pemimbingku
Tatkala aku tenggelam dalam kedukaan
Kau setia menyapu air mataku

Emak,
Walau bintang dilangit kuanyam
Dibentang sebagai permaidani
Masih tidak terbalas tuk ku
Membayar segala pengorbananmu untukku

Emak,
Nyawa kau jadikan taruhan
Demi melahirkan aku
Segala kesakitan kau lupakan
Tatkala mendengar tangisan aku

Emak,
Walau hati mu dicarik
Walau airmatamu mengalir
Tatkala mendidikku
Kau tetap sabar...

Emak,
Aku tak mampu untuk mengapai bintang dilangit
Aku tak mampu membina mahligai intan permata untukmu
Aku tak mampu menganyam buih dilautan
Untuk dihadiahkan tukmu

Namun yang pasti
Selagi nadiku berdenyut
Selagi aku masih lagi bernafas
Aku akan sedaya upaya membahagiakanmu
Kerana melihat senyuman terukir
Terukir indah dikanvas wajahmu
Adalah ketenangan yang abadi untukku

Kerna aku tiada cinta lain
Selain keagungan cintamu
Sesegar kuntuman mawar merah
Seharum wangian melur
Wahai ibuku yang tercinta....

SELAMAT HARI IBU...


killeroses
14mei2010
1258am

May 13, 2010

: : Hanya Dia -CT n KD

Ku cintainya kerana cara dia

Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa

Renungan dia tulus merasuk jiwa

Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya

Bukannya kata-kata semata-mata

Perwatakannya mengatakan segalanya

Buatku percayakan janjinya

i

Ku akui aku menggilainya

Ku akui aku menyintainya

Kisahku kisah dia

Cerita yang sama

Setiap detik hanya dia


ii

Ku akui aku mengaguminya

Ku akui aku menyayanginya

Sungguhnya ku akui ku perlukan dia

Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya

Cintai dia juga segala caranya

Cintai dia bersama keanehannya

Cintai dia hanya dia

ulang i & ii

Apr 1, 2010

: : Misunderstanding

Misunderstanding atau salah faham pada aku berpunca apbila berlakunya kegagalan atau kekurangan dalam hubungan dua hala. Ia akan bertambah buruk sekiranya wujud pihak yang hanya mendengar dan menerima sahaja segala apa berita yang didengar tanpa memberi peluang atau mendengar keadaan sebenardari pihak yang satu lagi.Akibatnya tanpa disedari sebenarnya kta tanpa sedar telah 'menjatuhkan hukuman' tanpa sebarang pembelaan. Ini secara tidak langsung, mampu mewujudkan perasaan bengang, marah,tidak puas hati atau mungkin dendam yang akan membawa seribu kerosakan pada semua pihak yang terlibat. Benda ni berlaku dalam kehidupan kita tanpa kita sedar atau tidak.Tambah menjadi sukar apabila pihak ketiga turut dibawa 'menari' bersama dalam permasalhan ini. Pihak ketiga semestinya agak sukar tuk menilai dan memberi kata putus apabila dua pihak memberi sebab atas segala perlakuan mereka. Malah tak dapat dinafikan akan wujud conflict of interest dalam usaha untuk menunjukkan siapa yang sebenarnya salah atau tidak.Begitu juga dalam perhubungan sebenarnya. Tak kira samada persahabatan,rakan sekerja dan lain-lain. Tidak dinafikan kadang kala kita tersilap membuat penafsiran kerana kita melihat melihat dari persepsi kita dan mereka melihat dari persepsi mereka.Melalui pengalaman aku sendiri,masalah ini sering berlaku apabila kita takut untuk menghadapi sesuatu kenyataan yang kita tak mampu hadapi. Mana lagi berat sebenarnya pendam dan biarkan salah faham terus melingkungi kita atau berdepan dengannya?. Dulu aku pilih untuk pendam dan kerana kekhilafan ini aku hampir hilang sahabat aku. Bila aku memilih tuk menghadapi segala kemungkinan, jujur aku rasa aku lebih tenang.Sememangnya sukar tuk membuat keputusan ni. Sedangkan aku sendiri mengambil masa yang terlalu lama tuk berdepan dengannya. Satu kerugian yang teramat sangat pada aku sebenarnya.Tapi aku belajar sesuatu, jangan terlalu yakin dengan sesuatu yang kita dengar, kita nilai dan berfikir menggunakan akal. Tak semestinya apa yang kita dengar tu betul.Kadang2 ia telah 'dicantikkan' mengikut tukang sampai.Walaupun mender ni berlaku pada zaman aku 'budak2' tapi sebenarnya aku belajar dari kesilapan aku sendiri. Salah faham seolah-olah nampak macam benda kecil tapi sebenarnya ia mampu membuat kita terseksa dalam diam.. Seperti kita bermain 'telefon berkarat', dari cerita kisah sakit perut sebab salah makan akhirnya menjadi sakit perut dan cirit birit kerana sepotong kek....

Jan 14, 2010

Tahniah untuk aizat atas kejayaannya tuk lagu " PERGI " ni.begitu juga komposernya dan juga penulis liriknya...

PERGI (Versi BM)

sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya
terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi..
pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
pa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

LAGU: PETE TEO
LIRIK: PETE TEO/AMRAN OMAR

I GO ( ENGLISH VERSION)

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life youre my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more
And I go
I go
Hush now, dont shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

LAGU: PETE TEO
LIRIK: PETE TEO

Dec 30, 2009

: : Lagu romantik yang aku suka dengar

Aku percaya setiap orang ader lagu romantik yang suka dengar. cam tu gak aku..dan kalau ader diantara lagu tu dinyanyikan oleh orang kecintaan aku mesti aku rebah..hehehe.selain dari melody dia paling kuat adalah lirik dia.. tu buat aku boleh terawang- awang...ni lagu yang aku suka dengar...

i) Hero -enrique iglecios(ejaan ni aku tak bape pasti)
ii) My baby You - Marc anthony
iii) Destiny-(lagu ni misha pernah nyanyi.penyanyi asal dier aku tak tau)
iv) Im yours- jason mraz
v) Will always love you- whitney houston (soundtrack filem bodyguard)
vi) Dont Wanna miss a thing -kumpulan aerosmith (kalau tak silap. lagu ni tuk soundtrack filem
ammegadon)

lau la ader orang nyanyikan lagu hero , my baby you and im yours tok aku ..pergh...bestnya2...lagi2 kalau dia tu suami aku...hehehe... berangan jer aku ni.hahaha.

killeroses
8.05pm

: : Selamat Tinggal 2009

Esok hari terakhir dalam tahun 2009. diam tak diam setahun telah berlalu...terasa sekejap jer masa berlalu. terasa semalam baru menginjak ke tahun 2009.Pelbagai perkara suka duka telah aku harungi sepanjang tahun ini... terlalu banyak untuk aku katakan..pahit manis kehidupan yang aku lalui untuk menjadikan aku semakin matang dalam menempuh kehidupan, seiring tengah kedewasaan aku.harapan aku semoga tahun 2010 kehidupan aku akan lagi baik dari tahun 2009. aku akan dapat kerja tetap dan mampu bahagiakan mak dan abah aku.dan paling penting aku tak masuk hospital lagi. S0emoga 0ALLAH kurniaka2n kesihatan yang baik untuk aku..
amin..

2009 selamat tingal dan selamat datang 2010. semoga tahun 2010 aku semakin bahagia dan kehidupan aku semakin sempurna..

countesskilleroses
30 dec 2009
7.17 pm