Mar 9, 2011

: : korean series...

sebenarnya tak tau nak story aper kali ni.. just a few week ago aku baru past tengok cerita korea tajuk dia Youre Beatiful tuk kali yang ke3 tanpa jemu..okay..yup kali ketiga dan aku yakin akan bertambah mungkin kali ke 4 dan seterusnya..hehehe..tak dinafikan ceritanya best selain dari barisan aktor dan aktress yang KACAK dan COMEL...cerita kali ini aku suka sebab banyak lagu2 yang best dan aku pon mmg suka lau ader cerita yang ala2 muzikal ni...lirik lagu dia biasa tapi bila di dalami betul2 leh menyentuh jiwa n mengalir air mata(hehehe..sentimental ker aku ni?)...dalam cerita ni aku paling suka dengan aktor Jang Geun Suk...aku suka dengan ekspresi muka dia..dia memang superb.begitu juga dengan barisan aktress dan aktor yang lain seperti Park Shin Hye, Lee Hong Ki, Jung Hyung Hwa..at least LAGI BAIK dari cerita sinetron INDONESIA yang berjela dan ntah bila nak abis tu..ops...bukan aku menyindir atau aper...tapi bila pikir, penat lah nak tunggu ending cerita tu..haish tak sanggup kome nak tunggu lama2...hehehehe.ader satu cerita korea yang aku tak pernah 'khatam' pon tengok sampai skang...winter sonata...tengok pon separuh jer, pas tu dah...selain cerita korea, cerita jepun pon and cina pon aku suka tengok...dulu masa zaman TV3 ader tayangkan cerita cina setiap pukul 6.30pm hingga 7.30,pm tercantuk aku depan tv tu..hehehe..sampai boleh paham sikit2 dialek kantonis..skang?hampeh...huhuhu

:: skang ni aku dalam proses belajar bhs korea and blajar balik bhs jepun...hehehe..penangan citer korea n jepun kot...

c1krvii
9/3/2011
2:37am

Mar 2, 2011

:: Dia...

pertama kali aku dengar suara dia di telefon, aku tergamam..masa tu hati aku bedebar laju...terlintas dalam minda aku, mungkinkah dia?hati aku yakin mengatakan aku akan 'rapat' dengan dia..setiap bait ayat dia tersusun dengan jelas dan tenang.dia tau apa yang dia patut tanya..usikan nakal dalam hati bermain,'erm suara dia buat hati aku berdebar,mesti orangnya tak handsome..hehe.'usikan nakal tu aku biarkan berlalu.pertama kali berjumpa atas urusan kerja hati aku gembira bercampur takut.gembira sebab baru 2 bulan aku bekerja, aku ada peluang buktikan pada diri sendiri keupayaan aku utk handle event,biarpon kecil..takut..takut seandainya aku tak mampu menepati expectation yang dia mahukan.
bila kaki aku melangkah ke pejabat,aku terlihat kereta berwarna hitam dan hati aku yakin mengatakan itu dia..
..hakikat yang dia tak tau masa tu hati aku berdebar,takut,dan risau.senyuman yang aku cuba ukir di bibir 'tenggelam'..aku pasti masa tu dia mesti fikir aku sombong dan seangkatan dengannya..bila pertama kali bersua dgn dia, aku terkejut.terkejut sebab usikan nakal aku hampir tepat!.'eh biar betul?aku cuma main2 tapi ap aku fikir hampir tepat..kebetulan kot.'ayat' penyedap hati aku biarkan berlagu..
peluang tuk berkenalan dan bercakap dengan dia, walaupun sekejap buat aku terpikat dalam senyap.perwatakan dia,penampilan simple tapi kemas..hati aku ingin berkenalan dengan dia walaupun mungkin itu tak akan jadi kenyataan.mungkin juga permintaan aku ALLAH izinkan,kitaorg semakin rapat, di susuli dengan jemputan lunch bersama..
kami berhubung seperti biasa, kemudian aku mula bersikap dingin..sebab pada masa tu aku takut pada hati aku,aku tak percaya pada hati aku.aku bimbang aku jatuh cinta pada dia.dia tanpa pernah jemu cuba hubungi aku sekiranya ada masa yang terluang..msampai satu hari mungkin dia terasa seperti dia yang terhegeh- hegeh pada aku, sehingga dia ambil keputusan tuk berundur dari hidup aku..masa tu aku tak tau kenapa hati aku jadi sedih..aku tak nak 'lepaskan' dia pergi.sampai sekarang aku masih lagi ingat ayat dia waktu tu, 'maaf sebab ganggu kamu(masa tu dia panggil nama aku), mungkin saya ni macam hidung tak mancung, pipi tersorong2 nak berkenalan dengan kamu.takperlah lepas ni saya takkan ganggu kamu lagi..maafkan saya.'hati aku sayu, aku tak nak dia pergi...aku tertanya2 kenapa aku macam ni?aku dah mula suka dia ker?
hakikat yang dia tak tahu, aku ternantikan setiap panggilan dia..dan setiap kali aku terima panggilan dari dia aku happy...sampai aku boleh teka dgn tepat masa dia akan telefon aku.. aku mula panggil dia 'abg' selepas peristiwa 'rajuk' dia.panggilan yang sukar tuk aku sebut.kerana aku pernah dikecewakan.aku cuba panggil panggilan abg walaupun hati aku sakit sangat,lidah aku terasa keras dan kelu.mungkin dia tahu aku sukar tuk sebut perkataan tu, tapi dia tetap sabar sebab dia tau dia yang minta aku panggil dia dgn panggilan tu.dan kesabarannya terbalas bila aku tak kekok tuk sebut 'abg' dan paling gembira adalah aku, sebab aku akhirnya berjaya keluar dari kepompong luka aku dulu..
aku gembira bila
event yang di rancang akhirnya berjaya walaupun ada halangan.aku gembira bila aku dapat ucapan pujian dari dia..
sejak dari mula dia tak pernah gagal tuk sentiasa ada bila aku perlukan dia dan aku gembira setiap kali dia ada disisi aku..pertama kali bila aku rasa sakit teramat sangat kerana PMS aku dia sanggup hantar dan temankan aku ke klinik.sakit aku terlalu teruk hingga aku muntah n hampir pitam,dia adalah insan pertama yang muncul dalam fikiran aku. aku ingat aku ada hantar sms dan aku yakin sangat dia mmg tak paham sebab aku pakai tekan jer keypad telefon tu..maaf sebab tangan sampai merah kena genggam semata2 nak tahan sakit..setiap kali aku dalam kesakitan dan kesusahan dia akan muncul..ada satu peristiwa,aku sepatutnya keluar dengan dia tapi bila aku keluar jer rumah, aku terus pengsan..dia baringkan aku atas paha dia sepanjang perjalanan..bila aku mula sedar,dia pujuk tuk antar aku ke hospital tapi aku menolak...aku rasa tenang bila tangan dia usap kepala aku,dan aku terus baring atas paha dia.sakit aku terasa hilang dan aku lena dalam dakapan dia..
aku akui aku agak nakal,dia aku uji dalam diam.tapi di tak pernah tau dia diuji..sehingga bila di beritau dia terkejut..ya, dia lepas setiap ujian aku dengan cemerlang..aku tau dia sayang aku,kerna sepanjang masa hubungan aku dan dia, aku tau terlalu banyak aku sakiti hati dia..aku juga tahu yang dia cuba bersabar bila aku sengaja bermain api.aku sengaja cuba melakukan perkara yang dia tak suka aku lakukan.perbuatan aku telah meninggalkan luka buat dia.maaf, bukan sengaja tapi masa tu aku keliru dengan diri sendiri.aku cuba nak buang rasa sayang yang semakin menebal sebab aku takut aku akan mula menyukai atau mula jatuh hati pada dia..tapi aku tak mampu sebab dia tetap tenang dalam melayan karenah aku..dan itu buat aku semakin takut tuk kehilangan dia..khilaf yang aku cipta membuatkan aku rasa bersalah sampai sekarang...
dia tau aku sakit dan nak aku sembuh lantas dia cuba usahakan tuk cari rawatan yang lain.itu wat aku betul2 terharu..akan ada lagi ker peluang ke 2 tuk aku merasa semua ni?sepanjang aku kenali dia, aku gembira..dia selalu wat aku gembira, aku tak sangka aku dapat lihat sisi kelakar dia. mungkin dia fikir aku tak ingat bila dia cuba pujuk aku hingga sampai ke sanggup memandu jauh agar aku dapat jumpa adik aku.aku ingat setiap apa yang dia lakukan tuk aku semata2 ingin lihat aku gembira dan tersenyum..jujur masa tu aku tak sangka sampai begitu sekali dia sanggup wat tuk aku.sebenarnya aku tak marah dan merajuk sampai ke tahap itu..(sekadar tuk menguji jer..)dan bila lihat tindakan dia,rasa bersalah mula menguasai aku.terasa aku membuli dia..dan itu buat aku tak mahu kehilangan dia dari sisi aku.aku takut tuk kehilangan dia..dia terlalu istimewa wat aku..
bila aku tersedar dari khilaf.aku dah hampir tersasar jauh..maaf sebab tindakan bodoh aku, aku hampir kehilangan seorg insan yang aku sayang.. tapi dia tetap hulurkan tangan tuk memimpin aku keluar dari kekeliruan yang aku cipta sendiri.dia tetap tenang memimpin dan menasihati aku agar aku tak wat kesilapan lagi.dan dia tetap ader di sisi aku tanpa kira waktu. dia seperti apa yang aku inginkan sebagai peneman aku...ada satu hakikat yang dia tak tahu sampai sekarang, aku dirantai rasa bersalah sebab buat dia terluka,dan aku sanggup ketepikan dia kerana kebodohan aku.aku mula mencipta sengketa.aku kecewa setiap kali 'berperang' dengan dia.
aku rasa sedih sebab aku dan dia bersengketa kerana org lain,hingga satu tahap aku ambik tindakan bodoh.merokok.akibatnya aku diserang sesak nafas dan tak boleh tido satu ,malam..satu tindakan yang amat bodoh tuk aku. tindakan tu wat aku terfikir, kenapa sampai sejauh ini aku bertindak?aku dah mula suka pada dia ker?kenapa aku rasa 'sakit' setiap kali bertengkar dgn dia? kenapa aku macam ni?persoalan yang tak pernah aku temui jawapan..hingga tika ini.....
kdg kala aku dapat rasa bila dia gembira, sedih, sunyi..apa yang dia katakan tentang aku mmg betul..aku mmg terfikirkan pasal dia.tapi bila ditebak kenyataan tu, aku mengelak mengatakan tidak..terlalu banyak rupanya kenangan yang wujud antara aku dan dia dan pemberian dia tetap aku simpan dan jaga sampai bila2..
apa aku tahu,aku bahgia bila dengar tawa dia dan aku boleh tengok senyuman dia.satu hakikat yang aku kener terima, dia bukan tuk aku...mungkin ALLAH hanya jumpa kan kami tuk berkenalan...maaf sebab langgar janji dan menyakiti sekeping hati..dan kenangan itu terus mengekori aku.........terima kasih sebab limpah kan dengan kasih sayang yang tak pernah aku bayangkan, benarkan kenangan itu menyelimuti aku dan benarkan aku tuk terus menyayangi kamu.....
.boleh?

p/s: peluang hanya sekali,hargai apa yang ada..yang lepas hanya tinggal kenangan, hari esok belum pasti..sayangi mereka yang meyayangi kita...

3 mac 2011
ck1vii

Jan 21, 2011

: : Jejak Kasih... =)

tak sangka baru-baru ni, akhirnya aku dapat jejak balik 'ayah' aku..maybe pada sesetengah orang tiada apa2, tapi pada aku pencarian aku baru saja tamat.lega sangat hati aku.. dalam diam dia seorang insan yan aku kagumi masa zaman persekolahan..mungkin benar kot kata2 dulu, guru membentuk insan...hehehe.. aku tak ingat macam mana aku boleh panggil dia ayah..betul2 tak ingat..apa yang aku ingat selain guru english aku, dia juga jurulatih tuk pasukan softball(salah satu sukan yang aku gemari dan aku ceburi dgn serius..)..aku tak nafikan aku 'nakal' masa zaman persekolahan, org pergi tuisyen setiap petang, aku pergi 'tuisyen' atas tilam..hehehe..baru2 ni aku ader tanya dia kenapa dia tak pernah tegur aku atau panggil aku sebab ponteng kelas tuisyen dia..yelah lau dia nak wat semua tu dia leh wat kot..sebab aku akan jumpa dia time klas english..tapi dia relaks je..tak cakap aper2 pon..ayah just cakap 'setiap org ade cara yang berbeza tuk mendidik anak muridnya..' yang tu aku akui..mungkin cara pendekatan ayah yang wat aku tetap ingat dia sampai sekarang..even ayah tak pernah marah tapi aku cuak gak bila ayah buka mulut..sometimes 'makan dalam' gak ayat2 dia even dia tak maksudkan tapi saper makan cili dia lah rasa pedas...waktu aku di UiTM sekali sekala ayah akan telefon aku bertanya khabar..cara tu wat aku terharu sangat dan semakin hormat pada dia dalam diam... buat ayah dan juga cikgu aku, terima kasih atas segala bakti dan kasih sayang ayah pada min...

killeroses
2:18pm
21/1/2011

Oct 31, 2010

: : luahan aku

mulanya aku tak mahu bagitau mak.aku ingat nak diamkan ajer...tapi bila aku fikirkan mak patut tau keadaan aku..jujurnya aku dah semakin penat...betul aku dah teramat penat sekarang..kali ni dah 3 kali dalam sebulan aku jatuh dan pengsan akibat penyakit aku.lagi plak tekanan darah aku rendah.aku jatuh baru2 ni menakutkan aku..aku boleh terlupa nama office mate aku,even housemate aku,badan aku rasa sakit sangat...aku dah janji dengan dengan org kesayangan aku, yang aku tak kan wat org yang sayang kat aku risau pasal aku..dan aku tak kan langgar janji tu.aku tak nak orang kesayangan aku semuanya risau...sebab risau tak kan boleh bantu aku,tak kan mampu tuk wat apa2 pon... tapi sekarang.. aku dah penat...penat sangat2..dari hari aku pengsan sampai hari ni aku mengaku aku terlalu penat...aku nak rehat jap..aku nak lena tidurku macam semalam, aku dapat tidur lena sangat...

killeroses
31/10/10

Oct 10, 2010

hilang..

kosong...kabur dan sedih merantai hati kala ini.sedih kerana aku 'hilang' dia dari pandangan hidup aku..tak tau bagaimana aku nak luahkan segala rasa sedih, kosong aku bila aku tau aku akan hilang dia secara perlahan- lahan...mungkin dia gembira dengan kehidupan yang dia lalui sekarang.aku mampu doakan yang terbaik untuk dia..tanpa dia hati aku walang..aku kehilangan seorg yang memahami aku.dia adalah anugerah yang terindah untuk aku...aku sendiri tak tahu kenapa ada waktu bila ingatan aku kuat terhadap dia, rasa sebak dan airmata aku deras mengalir..puas aku cuba hentikan namun aku gagal..terlalu ikut perasaan kah aku atau itu adalah sebenarnya perasaan aku yg selama ini aku cuba nafikan?aku tak pasti...ap yang aku tahu...aku rindukan dia....

Jun 7, 2010

: : Sempurna?

Sempurna.Semua orang pasti inginkan kesempurnaan. Tak kira sama ada dari segi paras rupa, penampilan, tingkah laku atau nyatakan apa sahaja yang penting sempurna.Tapi ada satu persoalan tentang kesempurnaan itu. Wujudkah kesempurnaan itu?Dalam konteks yang sebenarnya?Aku teringat satu ayat yang " kesempurnaan tak wujud, tapi kita mampu atau berusaha tuk menjadi hampir sempurna.".Dalam kehidupan, kita belajar dari kesilapan yang kita lakukan untuk menjadi hampir sempurna.Tidak perlu menyeksa diri untuk mencari atau menjadi sempurna /perfect 100%.Kerana selagi kita bergelar manusia kita akan dan tetap buat silap.Kerana hanya melalui kesilapan kita mampu untuk menjadi hampir sempurna.Terima dengan hati terbuka segala kelemahan kita namun dalam masa yang sama kita berusaha untuk mengubahnya menjadi kekuatan kita sendiri.Kekurangan dan kelebihan adalah makanan buat insan yang bergelar manusia.Cuma ia bergantung pada kita untuk menanganinya. Manusia memang dicipata bersama kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, ia satu masa nanti ia akan menjadi satu platform untuk membantu antara satu sama lain dan melengkapi apa yang kurang.Kita hanyalah manusia biasa, sempurna ataupun tidak diri kita sebenarnya bergantung pada definisi kita sendiri tentang kesempurnaan itu.Berusaha untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik dan hampir sempurna!

May 14, 2010

:: Khas untuk insan Noraini Mokhtar (emak)

Emak,

Terima kasih sebab sentiasa ada disisi aku
Tatkala aku memerlukan sebuah sokongan
Tatkala aku hilang arah kau menjadi pemimbingku
Tatkala aku tenggelam dalam kedukaan
Kau setia menyapu air mataku

Emak,
Walau bintang dilangit kuanyam
Dibentang sebagai permaidani
Masih tidak terbalas tuk ku
Membayar segala pengorbananmu untukku

Emak,
Nyawa kau jadikan taruhan
Demi melahirkan aku
Segala kesakitan kau lupakan
Tatkala mendengar tangisan aku

Emak,
Walau hati mu dicarik
Walau airmatamu mengalir
Tatkala mendidikku
Kau tetap sabar...

Emak,
Aku tak mampu untuk mengapai bintang dilangit
Aku tak mampu membina mahligai intan permata untukmu
Aku tak mampu menganyam buih dilautan
Untuk dihadiahkan tukmu

Namun yang pasti
Selagi nadiku berdenyut
Selagi aku masih lagi bernafas
Aku akan sedaya upaya membahagiakanmu
Kerana melihat senyuman terukir
Terukir indah dikanvas wajahmu
Adalah ketenangan yang abadi untukku

Kerna aku tiada cinta lain
Selain keagungan cintamu
Sesegar kuntuman mawar merah
Seharum wangian melur
Wahai ibuku yang tercinta....

SELAMAT HARI IBU...


killeroses
14mei2010
1258am