pertama kali aku dengar suara dia di telefon, aku tergamam..masa tu hati aku bedebar laju...terlintas dalam minda aku, mungkinkah dia?hati aku yakin mengatakan aku akan 'rapat' dengan dia..setiap bait ayat dia tersusun dengan jelas dan tenang.dia tau apa yang dia patut tanya..usikan nakal dalam hati bermain,'erm suara dia buat hati aku berdebar,mesti orangnya tak handsome..hehe.'usikan nakal tu aku biarkan berlalu.pertama kali berjumpa atas urusan kerja hati aku gembira bercampur takut.gembira sebab baru 2 bulan aku bekerja, aku ada peluang buktikan pada diri sendiri keupayaan aku utk handle event,biarpon kecil..takut..takut seandainya aku tak mampu menepati expectation yang dia mahukan.
bila kaki aku melangkah ke pejabat,aku terlihat kereta berwarna hitam dan hati aku yakin mengatakan itu dia.. ..hakikat yang dia tak tau masa tu hati aku berdebar,takut,dan risau.senyuman yang aku cuba ukir di bibir 'tenggelam'..aku pasti masa tu dia mesti fikir aku sombong dan seangkatan dengannya..bila pertama kali bersua dgn dia, aku terkejut.terkejut sebab usikan nakal aku hampir tepat!.'eh biar betul?aku cuma main2 tapi ap aku fikir hampir tepat..kebetulan kot.'ayat' penyedap hati aku biarkan berlagu..
peluang tuk berkenalan dan bercakap dengan dia, walaupun sekejap buat aku terpikat dalam senyap.perwatakan dia,penampilan simple tapi kemas..hati aku ingin berkenalan dengan dia walaupun mungkin itu tak akan jadi kenyataan.mungkin juga permintaan aku ALLAH izinkan,kitaorg semakin rapat, di susuli dengan jemputan lunch bersama..
kami berhubung seperti biasa, kemudian aku mula bersikap dingin..sebab pada masa tu aku takut pada hati aku,aku tak percaya pada hati aku.aku bimbang aku jatuh cinta pada dia.dia tanpa pernah jemu cuba hubungi aku sekiranya ada masa yang terluang..msampai satu hari mungkin dia terasa seperti dia yang terhegeh- hegeh pada aku, sehingga dia ambil keputusan tuk berundur dari hidup aku..masa tu aku tak tau kenapa hati aku jadi sedih..aku tak nak 'lepaskan' dia pergi.sampai sekarang aku masih lagi ingat ayat dia waktu tu, 'maaf sebab ganggu kamu(masa tu dia panggil nama aku), mungkin saya ni macam hidung tak mancung, pipi tersorong2 nak berkenalan dengan kamu.takperlah lepas ni saya takkan ganggu kamu lagi..maafkan saya.'hati aku sayu, aku tak nak dia pergi...aku tertanya2 kenapa aku macam ni?aku dah mula suka dia ker?
hakikat yang dia tak tahu, aku ternantikan setiap panggilan dia..dan setiap kali aku terima panggilan dari dia aku happy...sampai aku boleh teka dgn tepat masa dia akan telefon aku.. aku mula panggil dia 'abg' selepas peristiwa 'rajuk' dia.panggilan yang sukar tuk aku sebut.kerana aku pernah dikecewakan.aku cuba panggil panggilan abg walaupun hati aku sakit sangat,lidah aku terasa keras dan kelu.mungkin dia tahu aku sukar tuk sebut perkataan tu, tapi dia tetap sabar sebab dia tau dia yang minta aku panggil dia dgn panggilan tu.dan kesabarannya terbalas bila aku tak kekok tuk sebut 'abg' dan paling gembira adalah aku, sebab aku akhirnya berjaya keluar dari kepompong luka aku dulu..
aku gembira bila event yang di rancang akhirnya berjaya walaupun ada halangan.aku gembira bila aku dapat ucapan pujian dari dia..
sejak dari mula dia tak pernah gagal tuk sentiasa ada bila aku perlukan dia dan aku gembira setiap kali dia ada disisi aku..pertama kali bila aku rasa sakit teramat sangat kerana PMS aku dia sanggup hantar dan temankan aku ke klinik.sakit aku terlalu teruk hingga aku muntah n hampir pitam,dia adalah insan pertama yang muncul dalam fikiran aku. aku ingat aku ada hantar sms dan aku yakin sangat dia mmg tak paham sebab aku pakai tekan jer keypad telefon tu..maaf sebab tangan sampai merah kena genggam semata2 nak tahan sakit..setiap kali aku dalam kesakitan dan kesusahan dia akan muncul..ada satu peristiwa,aku sepatutnya keluar dengan dia tapi bila aku keluar jer rumah, aku terus pengsan..dia baringkan aku atas paha dia sepanjang perjalanan..bila aku mula sedar,dia pujuk tuk antar aku ke hospital tapi aku menolak...aku rasa tenang bila tangan dia usap kepala aku,dan aku terus baring atas paha dia.sakit aku terasa hilang dan aku lena dalam dakapan dia..
aku akui aku agak nakal,dia aku uji dalam diam.tapi di tak pernah tau dia diuji..sehingga bila di beritau dia terkejut..ya, dia lepas setiap ujian aku dengan cemerlang..aku tau dia sayang aku,kerna sepanjang masa hubungan aku dan dia, aku tau terlalu banyak aku sakiti hati dia..aku juga tahu yang dia cuba bersabar bila aku sengaja bermain api.aku sengaja cuba melakukan perkara yang dia tak suka aku lakukan.perbuatan aku telah meninggalkan luka buat dia.maaf, bukan sengaja tapi masa tu aku keliru dengan diri sendiri.aku cuba nak buang rasa sayang yang semakin menebal sebab aku takut aku akan mula menyukai atau mula jatuh hati pada dia..tapi aku tak mampu sebab dia tetap tenang dalam melayan karenah aku..dan itu buat aku semakin takut tuk kehilangan dia..khilaf yang aku cipta membuatkan aku rasa bersalah sampai sekarang...
dia tau aku sakit dan nak aku sembuh lantas dia cuba usahakan tuk cari rawatan yang lain.itu wat aku betul2 terharu..akan ada lagi ker peluang ke 2 tuk aku merasa semua ni?sepanjang aku kenali dia, aku gembira..dia selalu wat aku gembira, aku tak sangka aku dapat lihat sisi kelakar dia. mungkin dia fikir aku tak ingat bila dia cuba pujuk aku hingga sampai ke sanggup memandu jauh agar aku dapat jumpa adik aku.aku ingat setiap apa yang dia lakukan tuk aku semata2 ingin lihat aku gembira dan tersenyum..jujur masa tu aku tak sangka sampai begitu sekali dia sanggup wat tuk aku.sebenarnya aku tak marah dan merajuk sampai ke tahap itu..(sekadar tuk menguji jer..)dan bila lihat tindakan dia,rasa bersalah mula menguasai aku.terasa aku membuli dia..dan itu buat aku tak mahu kehilangan dia dari sisi aku.aku takut tuk kehilangan dia..dia terlalu istimewa wat aku..
bila aku tersedar dari khilaf.aku dah hampir tersasar jauh..maaf sebab tindakan bodoh aku, aku hampir kehilangan seorg insan yang aku sayang.. tapi dia tetap hulurkan tangan tuk memimpin aku keluar dari kekeliruan yang aku cipta sendiri.dia tetap tenang memimpin dan menasihati aku agar aku tak wat kesilapan lagi.dan dia tetap ader di sisi aku tanpa kira waktu. dia seperti apa yang aku inginkan sebagai peneman aku...ada satu hakikat yang dia tak tahu sampai sekarang, aku dirantai rasa bersalah sebab buat dia terluka,dan aku sanggup ketepikan dia kerana kebodohan aku.aku mula mencipta sengketa.aku kecewa setiap kali 'berperang' dengan dia.aku rasa sedih sebab aku dan dia bersengketa kerana org lain,hingga satu tahap aku ambik tindakan bodoh.merokok.akibatnya aku diserang sesak nafas dan tak boleh tido satu ,malam..satu tindakan yang amat bodoh tuk aku. tindakan tu wat aku terfikir, kenapa sampai sejauh ini aku bertindak?aku dah mula suka pada dia ker?kenapa aku rasa 'sakit' setiap kali bertengkar dgn dia? kenapa aku macam ni?persoalan yang tak pernah aku temui jawapan..hingga tika ini.....
kdg kala aku dapat rasa bila dia gembira, sedih, sunyi..apa yang dia katakan tentang aku mmg betul..aku mmg terfikirkan pasal dia.tapi bila ditebak kenyataan tu, aku mengelak mengatakan tidak..terlalu banyak rupanya kenangan yang wujud antara aku dan dia dan pemberian dia tetap aku simpan dan jaga sampai bila2..
apa aku tahu,aku bahgia bila dengar tawa dia dan aku boleh tengok senyuman dia.satu hakikat yang aku kener terima, dia bukan tuk aku...mungkin ALLAH hanya jumpa kan kami tuk berkenalan...maaf sebab langgar janji dan menyakiti sekeping hati..dan kenangan itu terus mengekori aku.........terima kasih sebab limpah kan dengan kasih sayang yang tak pernah aku bayangkan, benarkan kenangan itu menyelimuti aku dan benarkan aku tuk terus menyayangi kamu......boleh?
p/s: peluang hanya sekali,hargai apa yang ada..yang lepas hanya tinggal kenangan, hari esok belum pasti..sayangi mereka yang meyayangi kita...
3 mac 2011
ck1vii

No comments:
Post a Comment