Mar 21, 2011

: : Do Re Mi Fa So La Si Do....

Do re me fa so la si do....filem korea yang diterbitkan pada tahun 2008..Filem di sebenarnya diadaptasi dari sebuah novel internet hasil nukilan Guiyeoni yang turut menggunakan tajuk yang sama.Jalan ceritanya menyentuh perasaan dan elemen yang kelakar, sedih, dsb...

cerita dimulakan dengan watak Jung Won(lakonan Cha Ye Ryeon ) yang bekerja di taman tema telah menyimbah Eun-Gyu(lakonan Jang Geun Suk) dengan minuman bergas kerana telah mengejeknya yang pada ketika itu memakai kostum naga yang kelakar.Kemudian Jung won menyedari Eun Gyu telah menjadi jirannya yang baru.Apabila Eun Gyu 'menangkap' Jung won curi- curi keluar yang pada itu ingin keluar bekerja di pasar mini secara sambilan, Eun Gyu telah mengambil kesempatan mengugut Jung won untuk memberitahu ibu bapanya. Demi untuk menutup mulut Eun gyu, Jun won setuju untuk membawa gitar Eun Gyu selama seminggu.

Tanpa disedari Jung won mula menyukai Eung Gyu, yang juga merupakan penyanyi utama bagi kumpulan Do Re Mi Fa So La Si Do. Eun gyu juga dalam masa yang sama turut menyukai Jung won dan akhirnya mereka bercinta.

Namun permainan takdir telah menemukan Jung won dengan Hee won(Jung Eui Chul)seseorang dari masa silamnya, ketika Jung won datang melihat kumpulan Eun Gyu berlatih.Hubungan yang wujud antara mereka merumitkan keadaan, ini kerana Jung won dan Hee won adalah rakan karib selama 10 tahun sehingga Jung Won melaporkan kepada pihak polis mengenai ayah Hee won atas kesalahan langgar lari yang menyebabkan mereka terus tidak bercakap antara satu sama lain. di sebabkan itu Hee won menyimpan dendam ke atas Jung won dan disebabkan rasa bersalah, Jung won membenarkan 'kawannya(Hee won)' membalas dendam keatasnya.Situasi semakin sukar buat Jung won bila dia mengetahui, hee won merupakan rakan baik kekasihnya, Eun gyu.

Dalam pada itu, Hee won berterus terang kepada Jung Won yang dia menyukai Jung won walaupun apa yang telah Jung won lakukan dan inginkan Jung won kembali dalam hidupnya.Jung won menerima Hee won kembali lebih kepada rasa bersalahnya dan apabila Hee won memaksa Jung won memilih antara dia dan Eun Gyu,Jun won tersepit kerana dia menyayangi Eun Gyu.Namun akhirnya Jung won terpaksa memilih Hee won kerana rasa bersalah menghantuinya kerana telah 'memusnahkan' keluarga dan hidup Hee won. Keputusan Jong won amat mengecewakan Eun Gyu, namun dia tetap memberi peluang terakhir kepada Jung won untuk kembali kepadanya atau Eun Gyu tidak akan menyanyi lagi.Keputusan Jung won memilih Hee won telah menghancurkan hati Eun Gyu walaupun setelah dia merayu pada Jung won.(Sebenarnya Jung won nak tahan Eun Gyu masa dia pergi tapi Hee won tahan Jung Won dari pergi..agak self fish jugalah si hee won ni..)

Walaupon bersama Hee won, Jung won tidak gembira kerana hatinya dengan Eun Gyu.Selepas mendengar Eun Gyu terlibat dalam kemalangan beberapa bulan kemudian dan mengalami hilang ingatan untuk sementara termasuk tentang dirinya, Jung Won membuat keputusan memperuntukkan masanya dalam usaha untuk memulihkan kembali ingatan Eun gyu.(masa ni hee won dah 'lepaskan' jung won tak silap..and ada satu scene bila Eun Gyu bagitau pada Jung won, dia adalah abdullah dan jung won puteri yasmin x silap wat aku gelak..xpresi muka oppa JGS masa tu comel..)Dalam usaha untuk memulihkan kembali ingatan Eun Gyu, Jung won telah membuat lakonan semula Eun gyu ketika memberikannya peluang yang terakhir untuk kembali disisinya.(part ni sedey....masa ni aku nampak Jung won bersungguh2 tuk pulihkan ingatan Eun Gyu..)

Pengakhiran filem ini berakhir apabila, Eun gyu mengingati kembali apa yang berlaku dan meminta supaya Jung won tidak meninggalkannya lagi,dan jung won berjanji tidak akan meninggalkannya lagi.(part ni wat aku mengalir air mata(lagi?) bila Eun Gyu cakap 'don't go!!..why let him go?! ....i take a step and another step again and again...and keep saying in my heart it's okay if i take another step, she will stop me..but when i turn you not there..-lebih kurang mcm tu lah dialog dia..xbaper ingat sangat sbb dailog dia panjang..tanpa sedar aku menangis..)Semua watak akhirnya berjaya hidup dengan baik selepas konflik yang wujud antara mereka berakhir.(terus terang aku cakap aku suka dgn cerita ni sebab aku boleh 'rasa' emosi setiap watak dalam citer ni..rasa sayang, cinta,kecewa, rasa bersalah,ingin memilik, dendam antara watak Eun Gyu, Jung won dan Hee won....kisah remaja yang agak biasa tapi permainan emosi mereka yang wat cerita agak lain..)

:: aku menangis bila tengok cerita ni..scene Eun Gyu hilang ingatan wat aku sebak, lagi2 scene bila Eun Gyu cakap 'sorry because i love you' dan jong wun balas 'after this please don't ever fall in love at all'..dalam cerita ni kedua watak digambarkan love each other..last scene bila Eun gyu rasa 'sakit' bila dia ingat balik apa yang jadi, aku pon terasa' sakit' ..sebenarnya banyak lagi scene wat air mata aku mengalir dalam cerita ni...jung won terpaksa 'pilih' hee won sebab rasa bersalah dia kerana sebabkan ayah hee won dipenjara, dan ibu hee won terpaksa ditempatkan di hospital sakit jiwa..tapi pada aku jung won tak perlu nak tanggung beban tu..sebab jung won cuma saksi yang melibatkan ayah hee won terlibat dalam kemalangan langgar lari..mungkin rasa bersalah tu yang buat jung won pilih hee won kot..tapi hee won pon tak patut kot wat cam tu...haish~ teremosi lak pepagi ni~hehehehe..pepepon citer ni best..(maaf if BM aku tak best..sbb translate sndri dari wikipedia.)pepon pon Geun suk oppa mmg berjaya dalam memainkan watak dia..begitu juga Cha Ye Ryeon dan Jung Eui Chul. two thumbs up!

c1krvii
21/03/2011
6:37am

No comments:

Post a Comment