Mar 31, 2011

: : SAYA SAYANG KAMU..

Tak kira apa pun panggilan atau gelaran yang kita beri pada orang sekeliling kita samaada 'bintang', 'bulan', 'matahari', 'berlian', 'pelangi'atau apa saja yang pasti dia adalah org yang kita sayang dan penting dalam hidup kita. Sama ada orang tersayang ataupun BFF. Kerana mereka adalah sebahagian daripada hidup kita,sebahagian daripada kegembiraan kita, mungkin juga sebahagian daripada kekuatan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini. rasa kasih, sayang dan mungkin cinta yang tertanam dalam hati kita tetap mekar seperti kuntuman bunga yang segar selepas disirami hujan... Teruskan menjadi 'tongkat' buat mereka yang hadir dalam menemani perjalanan hidup kita yang singkat ini...dalam sedih bertandang, tatkala gembira menyapa, tatkala airmata mengalir tanpa jemu,tika rasa rindu menjelma.....hakikat yang mungkin tanpa kita sedari, kita memerlukan mereka sebagai peneman tatkala duka,dan dalam apa jua situasi dan mereka turut memerlukan kita dalam menemani perjalanan hidup yang penuh liku. berjalanlah bersama-sama berpimpim tangan, bertahan dan berjuang dalam hidup yang penuh dengan pancaroba ini..ucaplah ' SAYA SAYANG KAMU' pada diri sendiri dan mereka yang sentiasa menemani kamu tanpa sekelumit rasa jemu...ucaplah setiap hari walaupon mereka tahu betapa sayangnya kamu pada mereka....dan orang sekelilingku yang sentiasa menjadi haruman segar hati aku, untuk kalian puisi terpendek di dunia aku nukilkan 'SAYA SAYANG KAMU'..

:: salah satu 'berlian' aku akan berpindah mengikut suaminya ke tg.pengelih di kota tinggi.sedih?mmg aku sedih tapi aku takleh tunjuk sedih sebab aku tahu dia lagi sedih..seumur hidup dia, apa yang aku tahu dia tak pernah berjauhan dengan keluarganya terutama ibunya walaupon dia sudah berkahwin...aku redha dengan perpisahan ni sebab aku yakin ada hikmah tersembunyi buat dia dan orang sekelilingnya..dik, walau jauh macam mana pon akak tetap setia jadi bahu paling kejap tuk adik kongsi apa jua perasaan adik.sebab akak sayang adik..macam2 kenangan yang kita cipta bersama dari zaman belajar hingga adik bakal jadi 'mama' dan entry ni sebenarnya khas tuk adik...'berlian' akak...

c1krvii
1/4/2011
1:25am

No comments:

Post a Comment