Dec 31, 2011
:: goodbye
: : selepas 10 hari...
Dec 12, 2011
:: beza kamu dan dia
yang disangka mendapat segalanya, kasih sayang dan cinta hakikatnya hanya sekadar mencicip sayang yang rapuh.hilang rasanya dibawa angin lalu.tidak berbekas di kanvas hati..tiada terpalit rasa sedih atau pedih tatkala kehilangan.itulah kamu.insan yang ku benam jauh dari hidup.tidak mahu tahu tentang kamu walau sekelumit zarah pun.bukan membenci.tidak.
kamu dan dia berbeza.cukup berbeza.
jangan ditanya aku mengapa.jangan diluah ayat 'lupakan aku.kupohon buka pintu hatimu untuk jejaka lain.' jangan diucap apa-apa.hati ini hanya aku yang tahu pedihnya.pedih kesan egoku.jangan sesekali rasa bersalah padaku.bukan salahmu.itu hakikat.dan 'dia' umpama unggas yang tetap tenang membelah langit tinggi.aku?harus belajar menerima akibat khilaf sendiri.ku hanya ingin 'dia' tahu hanya satu, hingga detik ini 'dia' tetap 'raja hatiku'.dan aku jua ingin 'dia' tahu, aku hanya ingin lihat dia bahagia.jangan risau.aku akan berusaha membina kekuatan ku hasil dari khilaf ini.
p/s: walau tersungkur aku tetap cuba bangun,berjalan dan berlari kembali!itu aku.noktah.
c1krvii
: : gelisah hati
Dec 10, 2011
: : gerhana bulan...
Dec 7, 2011
: : hujan,guruh dan petir..
Nov 30, 2011
:: someday..
: : kerana mulut
Nov 11, 2011
: : maaf
: : pertelingkahan
:: seribu makna
Nov 10, 2011
: : hari lahir.....
: : tersentuh
Oct 13, 2011
: : gomenasai.....
Aug 14, 2011
: : keliru..
cukup sekadar mendengar...
tapi ku takut air mata ini
tak berhenti mengalir umpama laut yang tiada bertepi...
takut dikatakan aku lemah
tapi saat ini ku perlu insan yang memahami hati dan diriku...
cukup sekadar pendengar dan memberi kata semangat..
namun bukankah itu memberi kerisauan di hati mereka?
mementing dirikah aku?
aku keliru apa mahu ku kala ini...
c1krvii
14/8/2011
9:57am
: :
: : rintihan hati...(part i)
kesakitan yang aku tanggung sekarang sudah tak mampu ku tahan lagi......
kerisauan memuncak di hati..bantu aku YA ALLAH...
KAU ujilah aku dengan apa saja ..
ku mohon bukan dengan dengan kesakitan lagi......
tak tertanggung lagi buat aku....
ku tahu aku tak layak meminta untuk menolak dugaan dari MU
sejujurnya aku tak punya kekuatan lagi...
kesakitan ini...sukar untuk aku ungkapkan...
terlalu sukar untuk aku memahamkan mereka di sekeliling ku
apa ku rasa,
kesakitan ini...
kelukaan hati mampu ku terima..
namun kesakitan ini ku tak mampu tanggung lagi...
sungguh YA ALLAH aku tak mampu...
tak mampu menanggung lagi...
hanya KAU tahu yang terbaik buat hamba MU ini
mungkin di kala aku merasa aku tak mampu 'berjalan'
KAU tahu yang aku sebenarnya mampu tuk berlari...
YA RABBUL IZZATI...
tatkala ini aku tak tahu mengapa hati dan jasadku seolah-olah terlalu lemah...
umpama seperti menyerah tanpa berusaha untuk melawan...
air mata ini terlalu murah untuk mengalir...
jauh dasar hati ku tak mahu bermukimnya kerisauan di hati mereka yg menyayangiku..
ku pendam kesakitan ini seorang walau ku tahu ia memedihkan..
kerana aku telah berjanji...
bahawa aku tidak akan membenarkan kerisauan bermukim di hati insan- insan ini...
insan- insan yang menyayangiku...
YA RAHIM...
jika KAU uji aku dengan ujian ini
dengan kesakitan ini
ku mohon berilah aku kekuatan kerana aku sudah tiada kekuatan lagi
bukan kerana aku telah lemah namun aku sudah tidak mampu tuk berdiri..
walau ku tahu ku pohon rerama yang cantik bentuknya
KAU berikan aku beluncas yang hanya menyebabkan ku kegatalan,
ku pohon hujan di tengah hari
KAU kirimkan aku terik mentari
ku pohon ros yang harum baunya
KAU temukan aku dengan kuntuman ros yang penuh berduri
ku pohon sinar mentari
KAU hadiahkan aku dengan mentari pagi dibalik mendung pagi...
kerana KAU mahu aku menjadi kuat dan teguh seperti karang di laut...
namun YA ALLAH
kerana aku adalah manusia biasa
yang kadangkala mudah tersungkur walau ada tikanya aku kuat melawan badai dugaanMU...
: ALLAH berikan aku kekuatan...kerana aku semakin lemah...bantu aku YA ALLAH...
c1krvii
14 aug 2011
8:39am
Jul 13, 2011
: : biar rugi sehari dari rugi selama-lamanya
takut, paling penting aku terpaksa duk rumah gara2 korang?
rugi tapi kami dapat apa yang kami nak.
kuasa dsb...lagipon kamu yakin harga barang, minyak mampu turun?kamu yakin
segala apa yg dikatakan tidak adil akan adil?
dia sokong) confirmlah kak harga minyak boleh turun!
bandingkan.banyak gile beza.pembohonglah utusan tu...
kampung, dah biasa hidup susah tapi aku berfikir secara rasional bukan membabi
buta!
(selepas dia 'penat' kot dgr aku bebel...hahahaha...well membebelkan 'kepakaran'
seorang wanita...hehehe)
ada silap.kerajaan tak perfect seratus peratus, n korang tak salah seratus peratus,
tapi soalan aku berbaloi ke atas ap yg korang buat sampai menyusahkan rakyat jelata
yang lain?(dalam hati aku: sebenarnya tuk golongan ini cakap lah apa sahaja hujah, pada mereka kerajaan tetap bersalah dan zalim......)
payah ker?
sanggup risiko diri semata2 8 tuntutan tu...aku nak gak tahu sebab aku tak baca
harakah , jadi aku tak tahu tentang tuntutan korang tu......
cakap, B kata dia betul, C pon akan kata dia yang betul..tapi, sapa tahu sapa betul
atau sapa salah?mana2 org akan sorokkan kesalahan mereka selagi boleh
sorok...begitu juga permainan politik..yg tahu sapa betul atau salah hanya diorg
jer...
ni antara 'debat' aku n that HA tu...ni yg aku ingat aku tulis...jujur aku cakap aku tak faham sebenarnya permainan politik ni..tapi apa yang aku faham, siapa pon yang naik rakyat tetap akan macam tu juga....that's my opinion...mungkin org melayu lupa kot apa yg ambiga pernah wat sampai pernah mencetus 'kegemparan' dulu..pasal kes lina joy n IFC..aku cakap sebab aku sendiri pon tak baper ingat saper ambiga ni sampai aku terbaca balik pasal dia ni.selmat lah kawan aku ni tak kene merasa pakai 'gelang perak' a.k.a gari....yg melayu sibuk berdemo, bangsa lain sibuk gelak....baguih la hangpa no....minta2 sapa yg terbaca ni lau sokong pembangkang (lau ada)tak lah 'maki' cheq..tapi lau maki pon tak pa lah tu tunjukkan 'budi bahasa' hangpa semua memang tahap gabanlah tinggi dia..sungguh 'berbudi bahasa' tinggalan pusaka nenek moyang....yg sokong gov tu if terbaca(lau ada), jangan bangga plak kata aku sokong hangpa...aku cuma nak aman damai jer...bak kata SPR 'setiap undi adalah rahsia'....hehehehehe. g pon meluat lah tgk melayu bergaduh sesama melayu kerana KUASA..nak jadi apa?dapat apa?mereka naik ker tak, hidup aku tetap macam ni..tetap gak susah, nak bayar hutang sana sini...seperti ada seorg HA (aku betul2 lupa sapa yg cakap kat aku) mereka yg berkuasa tu, if sumthing bad happen to our country they can go outside of this country but what happen to us?the people who didn't have anything?we still here..can't go anywhere.. n this word made me think deeply....to deeply...
c1krvii
13/7/2011
1:44am
Jul 9, 2011
: : khilaf itu: tolong jangan ulangi lagi!
kajilah mana-mana sejarah moden, setiap kisah pemerintah ada cerita 'hitam' mereka sendiri...rasuah, salah guna kuasa,rampasan kuasa,kemiskinan, dan sebagainya..kisah-kisah 'cliche ' 'ini yang membuatkan rakyat jadi jelik sebenarnya.
tapi dari sudut lain apakah kita tidak bersyukur?bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi sekarang.benar kita sebagai rakyat rasa marah tatkala harga barang naik, fikir sejenak,,,harga barang naik tindakan dari pada keghairahan pemborong/org tengah yang galak bermain harga.apakah kerajaan berdiam diri?tidak bukan?
tuduhan SPR tidak jujur dalam PRU12,adakah itu sekadar satu ujaran lelucon basi sebenarnya?sekiranya SPR tidak jujur apkah pembangkang mampu meraih undian tinggi dengan merampas Selangor,Pulau Pinang dari kerajaan BN?apakah mereka yang menyokong pakatan pembangkang tidak melihat bagaimana nasib rakyat melayu Pulau Pinang dijadikan seperti bola?dilontar kesana ke mari?inikah namanya demokrasi?
dalam kita menuding jari menyalahkan pihak lain, dalam sibuk menari mencari pincang pihak lain, dalam sibuk menyingkap kain orang dan sibuk mencari buruk orang kenapa tidak memulakan dengan diri sendiri?tiada siapa yang sempurna bukan?lihat sekeliling, berbaloikah hanya kerana ingin galak berdemonstrasi sehingga ratusan ribu mungkin jutaan manusia lain terpaksa tanggung akibat.kalau rasa itu berbaloi terpulang.andai rasa MALAYSIA ini bukan negara terbaik untuk kalian nasihat aku gugurkan taraf warganegara anda dan mohonlah kerakyatan negara lain..senang bukan?
jangan bila kerajaan umumkan tuk berikan bantuan sibuk ke depan untuk mengambil tapi timbal balik racun berbisa yang ditawarkan.bijakkah itu?jangan guna alasan bodoh 'orang dah bagi, kita ambil je lah', tak terasa malukah anda yang menentang?
menegur, mengkritik,membangkang kerajaan tidak salah,kerana kerajaan itu di wakili manusia didalamnya,sifat manusia itu kadangkala leka dan tersasar...namun ada cara untuk menegur dan bukan secara membabi buta atau ikut perasaan..generasi dahulu dah berpesan, ikut rasa binansa, ikut hati mati.jangan disalahkan lantai yang jongkang jongket andai tak tahu menari.menuding jari menyalahkan stu pihak lain itu memang seronok, apa yang paling penting,jangan kita jadi satu bangsa yang hanya ikut berdemonstrasi tapi bangsa lain dalam diam menggelakkan kebodohan kita.jangan diulang kembali sejarah kejatuhan melaka 1511.sejarah gunanya dijadikan teladan dan bukan hanya sekadar satu ilmu pelajaran dizaman persekolahan!membina keamanan itu terlalu banyak nyawa terkorban dan terlalu jauh perjalanan yang dilalui namun menjahamkan keamanan yang ada cukup hanya sesaat!.jangan satu tika generasi terkemudian menyalahkan kalian yang terlalu ghairah ingin berkuasa sehingga menggadaikan maruah bangsa.apa alasan ingin diberi andai maruah bangsa diperkotak katik hanya kerana amarah merajai diri?andai akhirnya negara tergadai?tidakkah serik pada kisah penjajah yang dulu?ingin menuding jari pada siapa lagi tika itu?jangan jadi bodoh!
apakah kalian tidak belajar melalui negara jiran kita Thailand?natijah berdemontrasi 6 tahun masih tidak mencukupi untuk membawa keluar negara gajah putih itu keluar dari cengkaman masalahnya sendiri?apakah kalian ingin MALAYSIA jadi seperti itu?jawapan aku, aku tidak mahu.cukup generasi aku yg terdahulu menderita demi sebuah kemerdekkan dan cukup bangsa aku yang terdahulu ditindas akibat khilaf sendiri, jangan diulang khilaf bangsa kita, nenek-moyang kita yang terdahulu!jangan diulang kembali sejarah melaka 1511 itu.kesannya sehingga sekarang...berfikir guna akal sebelum bertindak bukan guna kepala lutut yang langsung takder manfaat...
p/s: aku hanya gadis pencinta kedamaian dan memahami peritnya perjuangan generasi dahulu.aku tidak menyokong mana2 pihak. belajar dan fahami sejarah itu paling penting.berbaloikah menggadaikan maruah bangsa hanya kerana golongan yg gilakan kuasa?apakah andai diberi peluang berkuasa mereka mampu menjadikan MALAYSIa BUMIKU YANG TERCINTA ini lagi baik?ada kalanya sesuatu itu bukan didalam jangkauan kita.usah terpedaya denagn taburan janji yang seronok didengar tapi kita tahu sukar tuk realisasikan..cuma...jangan jadi bodoh!mengatakan org lain salah itu seronok namun bila orang lain mengatakan bahwa kita salah,sukarkan tuk kita terima hakikat?...tak percaya?terpulang kerana aku tidak memaksa untuk kalian terima, tapi bukakan minda untuk berfikir.....
c1krvii
9/7/11
4:19pm
May 29, 2011
: : luahan
kelak merana tiada penghujung
hargai kasih dimasa ada
agar tidak menyesal seumur hidup...
5:59am
29/05/2011
May 22, 2011
: : cinta
May 15, 2011
: : Selamat Hari Guru....
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
: : sajak ini merupakan sajak yang paling aku suka masa zaman persekolahan dulu.Selamat Hari Guru buat para guru dan buat cikgu rahiman yang aku panggil 'ayah', terima kasih kerana sabar mengajar aku yang nakal ni.dan buat semua semua guru yang mengajar aku, terima kasih atas jasa dan kesabaran kalian mendidik aku..
c1krvii
15/5/2011
5:31am
May 14, 2011
: : rindu
sangat- sangat.....
walau aku tahu ianya umpama menggapai bintang
nampak dekat tapi jauh.....
13/5- selamat hari lahir 'sayang'......
ALLAH kuatkan hati aku...aku akui kadangkala aku lemah dalam permainan hati,larut dalam lautan emosi....
: : hati...pintaku jangan kau lemas dan lemah dalam asakan dan lautan emosi tanpa penghujung ini.....
c1krvii
13/05/2011
May 10, 2011
: : berehat d' ampang...
hari khamis, kebetulan dia ada check up kat AU2 dalam kul 2petang...tapi kitaorg keluar rumah awal dalam kul 1130 pagi...hehehe...merayau kat carrefour and tesco cari barang sikit, pastu dah settle segala, terus pergi ke AU2.awal gak lah kitaorg sampai kat KK tu dalam kul 115pm...waaaaaa...giler awal...hehehe..nanie checkup start kul 2pm , so dalam itu ini checkup settle dalam kkul 330pm..fuh....lama ghupanya wat checkup ni...memerlukan kesabaran sungguh...(macamlah aku tak pernah pergi wat checkup...hehehe..)disebabkan dia tak ditemani oleh EN SUAMInya maka BP cik puan nanie kesayangan aku ni...telah naik...(tu teori aku je lah... =p..tapi disokong sikit oleh cp nanie..hahaha)..
tapi aku rasa gembira sebab cp nanie aku ni sihat...sekurang-kurangnya sebelum dia merantau di johor aku dapat tengok dia..sebab pas ni dia kene berpindah ke negeri J, ikut suaminya...
sedih plak...tapi takper, internet + tipon kan ada...hehehe...leh je nak borak@ +sembang2 kan cp nanie?heee..
p/s: i'll miss u badly after this nanie...=(
c1krvii
3:12am
10/05/2011
May 8, 2011
: : selamat hari ibu..
selamat hari ibu..
buat semua ibu di malaysia dan di dunia..
ibu..
satu anugerah yang tak ternilai..
tak mampu di ganti waima dengan segunung berlian sekalipun..
seorang wanita yang sanggup bergadai nyawa
sanggup bersusah payah demi membesarkan kita...
pada ibu..
walau usia anaknya telah dewasa
anaknya tetap lagi anak kecil yang tidak mengerti apa-apa
dan masih lagi memerlukan bimbingan dan nasihat darinya..
aku bersyukur kerna bondaku sentiasa disisiku..
bila ujian menimpa keatasku
dan aku lemah tuk meneruskan hidup
bonda tak pernah meninggalkana ku..
bonda tetap setia disisiku..
terima kasih bonda atas pengorbanan mu...
selamat hari ibu...emak...
p/s: sayangi ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita...dan sekiranya ALLAH uji anda dengan memberikan seorang ibu yang membuat anda berendam airmata...berdoa dan mengadulah dengan ALLAH....insyaALLAH DIA akan menolong anda...
c1krvii
8:16am
8/5/2011
Apr 28, 2011
: : mind your language!
'perasan cantik tapi taklah cantik mana pon!'
boleh jadi tajam berbisa
boleh jadi punca bertelagah
lagi-lagi kalau bercakap tak guna akal
pakai plak otak kepala lutut...
lagi haru..
manusia...manusia...
payah lau manusia macam ni ramai kat muka bumi ni..
menyemak jer...
cakap ikut sedap rasa..
silap-silap ada bertumbuk juga
penyelesaiannya..
jangan provoke orang kalau taknak lebam biji mata....
kalau tak masuk wad,ada masuk balai...
c1krvii
7:35
28/04/2011
Apr 16, 2011
: : erm...
i) yang marah/geram tu adalah org melayu dan agamanya tentulah islam kan?dahlah ko marah n maki kat tempat public,tak pikir ke pasal maruah ko?kecualilah ko mmg dah tak der maruah pon kan?sebab tu ko pon selamba badak jer nak marah n maki2 orang kan?pikrlah sikit ko tu dah lah penganut agama islam..takkan ko tak pernah belajar kat sekolah dulu kot agama islam tu agama yang macam mana? ada agama islam ajar ker marah2 and maki2 org macam tu?
ii)ko kenelah paham...ko dah lah datang kat tempat orang,ko kena lah paham yang diaorg tu ada tanggungjawab.tanggungjawab ngan kejer dia.apa ko nak bertanggungjawab ke kalau ada sebarang kerosakkan?aku tak rasa pon ko nak bertanggungjawab kan?...
iii)apa hak ko nak hina org?'hebat' sangat ke ko tu?kenapa sebab dia tak der kereta macam ko?tak der kamera jenama terkenal macam yang ko bawa kehulu ke hilir tu? kejer bawa bekal air masak jer, sebab dia tu pendatang yang kejer sebagai security guard je ko rasa ko dah 'layak' dah maki,marah n hina dia?baguslah perangai pastu ko ketawa macam org gila bila dapat maki and marah2 orang!ingatlah sikit, dia pon manusia kot...ada hati perasaan,ada perasaan malu, marah macam ko gak!
aku bukan nak 'bekap' pon security guard tu tapi sejak aku kejer kat situ, aku banyak jumpa org melayu yang 'papa' akhlak dari yang 'kaya' akhlak n budi bahasa....
:: siapa pon kita jangan sesekali pandang hina pada org walaupon pada pengemis!takder siapa nak hidup dia teruk ok!....
c1krvii
16/04/2011
4:38am
Apr 10, 2011
: : dulu dan sekarang...sekadar renungan dan omelan dari aku...
dulu...
masa kecil bila nak sesuatu kita merengek..kalau tak dapat kita menangis atau merajuk
sekarang...
kita kene usaha tuk dapatkan apa yang kita inginkan..
dulu..
bila kita makan bersemeh, berterabur, comot orang akan bersihkan..
malah cakap 'comel budak ni' walaupon masa tu kita comot!
sekarang...
bila kita dah dewasa bila kita makan berterabur, bersememeh memang teruk kene marah ngan mak, tak pon kawan-kawan dah buat muka atau bagi isyarat..
bila kita comot plak,orang akan cakap kita ni selekeh...semua tak kawan dengan kita..
dulu...
makan nak bersuap,tidur nak dengar cerita atau nak didodoikan..mak atau abang atau kakak layankan jer...
sekarang..
cuba kita minta makan bersuap..ada yang cakap kita ni buang tebiat...
dulu...
apa yang kita tahu bangun tido dah berlari pegi main..
sekarang...
bangun tido dah pikir pasal kejer atau nak masak apa bagi yang dah dapat title isteri..
dulu...
masa kita kecik, tak pernah pikir apapon pasal hidup..
apa kita tahu semua dah siap..
sekarang...
setiap benda kene fikir..minyak,belanja,bil, sewa umah, hutang kereta, dan segala hutang yang ada,macam-macam lah...pening..pening...tu belom sampai fasa 'red kad'(akhir bulan...)
dulu...
time kecik tak der pikir psal cinta-cinta ni...kita kawan jer ngan semua orang,semua kaler kulit, semua jenis agama..yang penting masa tu kita fikir kita ada kawan nak ajak main kombat, masak-masak,polis sentri,teng-teng,pondok-pondok dan sebagainya...
sekarang...
nak berkawan?boleh lagi...tapi...complicated sikitla...sebab?ada plak virus C2( Cinta,Cemburu)..tu belum virus 'kaki' ..virus kaki belit, kaki mengayat(tak pasal2 dapat sumpah seranah free..faham2 jerlah yer...=) ), kaki mengoda, kaki tutup lubang gali lubang,kaki pukul dan segala kaki yang ada lah...tu belum lagi bila bab politik...silap2 hancussss persahabatan kerana politik!
dulu...
nak makan sedap-sedap minta je kat parents...
sekarang...
dah dewasa...
nak makan sedap?boleh...kene lah kerja....
dulu...
nak meraung,guling-guling,jerit-jerit kat public tak per...orang akan cakap..budak kecik biasalah...(expecially time tak dapat barang yang kita nak..)
sekarang...
cuba buat cam tu kalau kita tak dapat sesuatu yang kita nak sangat dari suami/isteri,bf/gf.....silap2 ada yang kene marah kat situ...tapi takkan nak wat kot?...malu wei...hehehe
dulu...
liat nak mengaji,solat mak and abah nasihat..nak kene sebat tu payah lah..dapat bila degil jerlah...
sekarang...
tak tau ngaji and solat...ada t time akad nikah termalu sebab tak lepas baca doa qunut...ada t termalu depan mak n bapak mertua bila minta imamkan solat terkebil2....
dulu...
dari bangun tido sampai masuk tido...dunia ni hepiiiiii jer...yer lah tak perlu pikir apa2...yang tau main,g sekolah,wat kejer sekolah..time rehat makan...ulang rutin yang sama jer setiap hari..
sekarang..
dari bangun tido sampai masuk tido...masaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalah memanjang....botak kepala pikr masalah..silap2 jumpa DR. sebab kene migrain..
dulu...
bila kita sakit...yang kita tahu merengek..hati perut mak abah dah kecik beso,kecik beso dah..risau kat kita...
sekarang...
merengek?hmmmmm ada kene marah lagilah deme...ye lah takkan beso panjang pon nak merengek cam budak2 iyer dok?kene tahan,kene kuat..
dulu...
politik?apa tu?senang cerita...kita tak kenal pon pasal politik!yang kita tau MALAYSIA nio aman damai...
sekarang...
politik?parti tu kafir!parti bagus!ko takleh dgn aku sebab parti lain2,suami ceraikan isteri sebab sokong parti lain...apa ni???....sanggup putus persahabatan, ikatan perkahwinan semata2 kerana politik?hahahaha...kelakar sangat!!tak caya?tgk bila dekat PRU tak pon bila bercerita pasal parti politik yang disokong..pikir balik...si penyokong fanatik ni..time disoal mungkar nangkir takder nye diasingkan polan ni masuk neraka sbab sokong parti A,polan tu masuk syurga sebab sokong parti B..hukum ALLAH jelas, yang bertakwa dan beriman padanya akan diberi ganjaran syurga, yang menentang hukum DIA dapatlah ganjaran yang sepatutnya..(tak lelebih sangat aku tulis pasal ni...SENSITIF... =p)
dulu...
kita hormat mak abah,cikgu sekolah,pakcik makcik yang tua,orng dewasa...bila diaorang marah rasa takut...bila kene denda sebab tak siap kerje sekolah rasa nak terkincit...
sekarang?
ni tuk golongn kurang budi bahasa dan adab sopan:-ada yang 'kurang ajar' tu mak abah selamba jer buat orang tua tu macam apa,selamba jer nak blasah cikgu,hormat orang tua?harammmmmmm...'hebat' betul....
tuk mereka yang ada dan sentiasa mengamalkan budi bahasa dan adab sopan;- teruskan nilai murni tu...ajarlah generasi muda /anak2 anda dengan nilai murni tu...
bila fikir balik...indahnya jadi anak kecil yang naif dan polos...melihat hidup dan dunia ni sebagai sesuatu yang indah dan menyeronokkan....masa yang ditinggalkan tidak akan pernah kembali..kini kita dah jadi dewasa..baru kita tahu dunia ni tak seindah yang kita fikirkan tatkala didakap usia anak-anak...jadilah si dewasa yang sentiasa menggunakan akal, bukan dipandu hawa nafsu.jangan biarkan 'matlamat menghalalkan cara' menguasai hati dan minda..aku rindu jadi anak-anak kecil........
: : zaman paling indah adalah zaman kanak-kanak....
10 apr 2011
7:02 am
Apr 1, 2011
: : APRIL FOOL
tuk manusia macam aku...
sehari lagi aku harus lalui...
dan hari ni adalah hari APRIL FOOL...
hari dimana hari tuk 'membodohkan/mengenakan' org tanpa rasa bersalah di raikan..
tapi pada aku...
tak perlu raikan pon...
sebab? senang jer TAKPENTING dan TAK PERLU..
banyak lagi kejer berfaedah lain boleh buat kan?
be smart not stupid...
: : tak baik kenakan orang pon...cuba lau kita dijadikan'bahan lawak', apa perasaan kita?
c1krvii
1/04/2011
1:39 am
Mar 31, 2011
: : SAYA SAYANG KAMU..
c1krvii
1/4/2011
1:25am
Mar 28, 2011
: : night, star and moon...
Mar 27, 2011
: : diam
berkata-kata hanya bila perlu...
:: ucapan yang keluar dari bibir manusia lebih tajam dari belati..
c1krvii
4:42am
27/03/2011
Mar 24, 2011
: : balasan...
pulau ditgh2 muara tetap teguh disitu
tp tiap kali air bah saban tahun
bl tiba masanya kapal yang berlabuh dimuara
tetap akan berlayar bersama kelasinya
kalau ada umur ia akan datang lagi ...INSYAALLAH
yang dibalas...(ni aku lah balas..)
kapal belayar pergi bersama kelasinya
membawa bersama kenangan
walau pedih menerima perpisahan
tapi itu adalah takdir ILAHI,
hanya kasih sayang menjadi pengubat pedih dan rindu
walau muara dan pantai berubah
takdir ILAHI tiada siapa yang ketahui
andai masa menjadi penentu,
andai takdir menjadi permainan
pertemuan tetap akan berlaku
namun bila dan bagaimana
hanya ALLAH yang mengetahui..
: : sebenarnya dah lama aku dapat ayat ni...baru tadi aku ada idea nak balas dan dah antar dah pon pada 'bintang' aku...aku cuma nak dan mmg mahu dia hidup baik2 yang sepatutnya dia inginkan..aku bersyukur sangat sebab ALLAH bagi 'pinjamkan' pada aku sebutir bintang yang sentiasa menyinar tuk aku..terima kasih YA ALLAH...
c1krvii
24/03/2011
8:20am
: : jawapan...
terima kasih...........
c1krvii
24/3/2011
3:50am.
Mar 23, 2011
: : pesanan buat seuta..
walau tidak menerangi gelap malam
namun kehadiranmu mampu menggembirakan hati yang rawan
cahaya yang tersimbah didada langit
memberi kebahagiaan kepada sesiapa yang yang melihatmu
walau jauh di dada langit
namun terasa begitu dekat
teruskanlah bersinar
teruskanlah menjadi bintang yang setia
menemani bulan dalam pekat malam.....
agar kau menjadi nadi gembira
agar cahayamu mampu menjadi pengukir senyuman
buat mereka yang tanpa jemu memandangmu
ditemani dingin malam
dan rerumput di tanah...
wahai bintang di dada langit.....
24/03/2011
8:50am
Mar 21, 2011
: : Do Re Mi Fa So La Si Do....
cerita dimulakan dengan watak Jung Won(lakonan Cha Ye Ryeon ) yang bekerja di taman tema telah menyimbah Eun-Gyu(lakonan Jang Geun Suk) dengan minuman bergas kerana telah mengejeknya yang pada ketika itu memakai kostum naga yang kelakar.Kemudian Jung won menyedari Eun Gyu telah menjadi jirannya yang baru.Apabila Eun Gyu 'menangkap' Jung won curi- curi keluar yang pada itu ingin keluar bekerja di pasar mini secara sambilan, Eun Gyu telah mengambil kesempatan mengugut Jung won untuk memberitahu ibu bapanya. Demi untuk menutup mulut Eun gyu, Jun won setuju untuk membawa gitar Eun Gyu selama seminggu.
Tanpa disedari Jung won mula menyukai Eung Gyu, yang juga merupakan penyanyi utama bagi kumpulan Do Re Mi Fa So La Si Do. Eun gyu juga dalam masa yang sama turut menyukai Jung won dan akhirnya mereka bercinta.
Namun permainan takdir telah menemukan Jung won dengan Hee won(Jung Eui Chul)seseorang dari masa silamnya, ketika Jung won datang melihat kumpulan Eun Gyu berlatih.Hubungan yang wujud antara mereka merumitkan keadaan, ini kerana Jung won dan Hee won adalah rakan karib selama 10 tahun sehingga Jung Won melaporkan kepada pihak polis mengenai ayah Hee won atas kesalahan langgar lari yang menyebabkan mereka terus tidak bercakap antara satu sama lain. di sebabkan itu Hee won menyimpan dendam ke atas Jung won dan disebabkan rasa bersalah, Jung won membenarkan 'kawannya(Hee won)' membalas dendam keatasnya.Situasi semakin sukar buat Jung won bila dia mengetahui, hee won merupakan rakan baik kekasihnya, Eun gyu.
Dalam pada itu, Hee won berterus terang kepada Jung Won yang dia menyukai Jung won walaupun apa yang telah Jung won lakukan dan inginkan Jung won kembali dalam hidupnya.Jung won menerima Hee won kembali lebih kepada rasa bersalahnya dan apabila Hee won memaksa Jung won memilih antara dia dan Eun Gyu,Jun won tersepit kerana dia menyayangi Eun Gyu.Namun akhirnya Jung won terpaksa memilih Hee won kerana rasa bersalah menghantuinya kerana telah 'memusnahkan' keluarga dan hidup Hee won. Keputusan Jong won amat mengecewakan Eun Gyu, namun dia tetap memberi peluang terakhir kepada Jung won untuk kembali kepadanya atau Eun Gyu tidak akan menyanyi lagi.Keputusan Jung won memilih Hee won telah menghancurkan hati Eun Gyu walaupun setelah dia merayu pada Jung won.(Sebenarnya Jung won nak tahan Eun Gyu masa dia pergi tapi Hee won tahan Jung Won dari pergi..agak self fish jugalah si hee won ni..)
Walaupon bersama Hee won, Jung won tidak gembira kerana hatinya dengan Eun Gyu.Selepas mendengar Eun Gyu terlibat dalam kemalangan beberapa bulan kemudian dan mengalami hilang ingatan untuk sementara termasuk tentang dirinya, Jung Won membuat keputusan memperuntukkan masanya dalam usaha untuk memulihkan kembali ingatan Eun gyu.(masa ni hee won dah 'lepaskan' jung won tak silap..and ada satu scene bila Eun Gyu bagitau pada Jung won, dia adalah abdullah dan jung won puteri yasmin x silap wat aku gelak..xpresi muka oppa JGS masa tu comel..)Dalam usaha untuk memulihkan kembali ingatan Eun Gyu, Jung won telah membuat lakonan semula Eun gyu ketika memberikannya peluang yang terakhir untuk kembali disisinya.(part ni sedey....masa ni aku nampak Jung won bersungguh2 tuk pulihkan ingatan Eun Gyu..)
Pengakhiran filem ini berakhir apabila, Eun gyu mengingati kembali apa yang berlaku dan meminta supaya Jung won tidak meninggalkannya lagi,dan jung won berjanji tidak akan meninggalkannya lagi.(part ni wat aku mengalir air mata(lagi?) bila Eun Gyu cakap 'don't go!!..why let him go?! ....i take a step and another step again and again...and keep saying in my heart it's okay if i take another step, she will stop me..but when i turn you not there..-lebih kurang mcm tu lah dialog dia..xbaper ingat sangat sbb dailog dia panjang..tanpa sedar aku menangis..)Semua watak akhirnya berjaya hidup dengan baik selepas konflik yang wujud antara mereka berakhir.(terus terang aku cakap aku suka dgn cerita ni sebab aku boleh 'rasa' emosi setiap watak dalam citer ni..rasa sayang, cinta,kecewa, rasa bersalah,ingin memilik, dendam antara watak Eun Gyu, Jung won dan Hee won....kisah remaja yang agak biasa tapi permainan emosi mereka yang wat cerita agak lain..)
c1krvii
21/03/2011
6:37am
: : forget and hurt..
rather than forgetting, hurting is easier for me....
(sing by Jang Geun Suk)
is it true?bukan ker kedua-duanya tetap 'sakit'...tetap 'menderita'?
:: for me, i don't want both...coz forgetting n hurting is not easier thing that i able to do..except if i really hate that person...yes maybe i did that..forgetting...
c1krvii
4:41am
21/03/2011
Mar 20, 2011
: : one message
when silence around me..
because every time,everyday, every second
i want know about you..
the message i receive
make me cry in heart instead of smile...
then i know..
my heart hurt again...
:: tx for messaging me and tell you ok...
c1krcii
4:46am
20/03/2011
Mar 18, 2011
: : cry on my shoulder- DSDS
If you need someone you're feeling blue
If you're away from love and you're alone
If you call your friends and nobody's home
You can run away but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I show you there's a destiny
The best things in life
They're free
Chorus:
But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone who cares for you
If you're feeling sad your heart gets colder
Yes I show you what real love can do
If your sky is grey oh let me know
There's a place in heaven where we'll go
If heaven is a million years away
Oh just call me and I make your day
When the nights are getting cold and blue
When the days are getting hard for you
I will always stay here by your side
I promise you I'll never hide
Repeat chorus
What real love can do
What love can do
What real love can do
What love can do
What real love can do
What love can do
: : be the best ever shoulder you can be to who cry on your shoulder..... dan aku tiba2 sebak bila dgr lagu ni.......
c1krvii
18/03/2011
4:34am
; ; keep asking...
without words....
without knowing nothing...
are you trying to cast me away?
are you want to teach me to live without you?
are you remember me?
are you kept me in your memory?
are you won't forget me like i do?
about you without fail...
i'm try not to think about you..
i'm try to protect myself from hurt and pain...
i'm try everything as i could even its hard..
without i notice
i'm already hurt and pain...
and you keep appear in my memory...
i keep asking myself
why i like this?
why my heart feel hurt and pain
when i think about you?
i keep ask myself to find you..
but i can't move at all
even i know where you are
even i can follow your step
even i can shout your name
even i can see you
i'm still can't find you...
i ask myself..
why it's so hurt and painful
when i'm think about you?
when i see you only from far?
and the question
why? always in my mind....
i'm sorry...
because i love you...
c1krvii
18/3/2011
2:18am
; ; abah....
selamat hari lahir abah...
maaf anakmu terlupa
tuk mengucapkan kata keramat 'selamat hari lahir abah'
lantas hati kecil kau menyangka
aku terasa hati..
maaf abah..
kerna aku membuat kau menangis..
khilaf aku telah menyentuh
sekeping hati tua mu...
abah...
walau dimana pon aku berdiri
ingatan aku terhadapmu tetap utuh dalam diri
angin sampaikan ini pada abah
anaknya ini menyayanginya
mengasihinya
merinduinya
sehingga detik nafas terakhir..
semoga abah sentiasa bahagia
sentiasa tersenyum
walau wajahmu dimamah usia
sentiasa dibawah lindungan ILAHI
selamat hari lahir abah....
hari lahirmu adalah hari yang amat berharga buat semua
along sayang abah....
c1krvii
18/03/2011
1:43am